BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: mymov2005@yahoo.com

From_Name: Al Jaffari

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Saudara editor,

Setelah membaca email saudara 77 , berkenaan PEKIDA. Memang benar sama sekali, seperti yg disebutnya, tentang objektif pernubuhan PEKIDA (seperti mana yg saya ketahui dari rakan2). Akan tetapi, daripada pengalaman saya, saudara editor mungkin mempunyai fakta yg tidak dapat dinafikan. Persepsi masyarakat, dalam dan luar, amat penting untuk PEKIDA.

Memang tidak dinafikan, PEKIDA adalah platform ideal bagi melayu. Dengan tujuan murni, AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR. Akan tetapi, ia seakan-akan menjadi gurauan bagi sesetengah pihak, atas sebab kelakuan ahli mereka sendiri.

Sekali lagi, saya menyokong tujuan dan idea PEKIDA, akan tetapi, persepsi dan disiplin setiap ahlinya mestilah dibetulkan. Imej PEKIDA seperti MAFIA,GENGSTER atau kumpulan perkauman, mesti dihapuskan dengan segera. Pencarian imej baru, lebih sesuai untuk menonjolkan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah perlulah dilaksanakan.

Imej bukan terletak atas nama, website atau logo semata-mata. Kelakuan, disiplin, keahlian, sistem bergerak PEKIDA adalah lebih penting untuk mencapai objektif---amal makruf nahi mungkar.

Sudah agak lama, saya meneliti pergerakan ini, sambil mendekatkan diri dengan mereka untuk mendapatkan maklumat tentang PEKIDA. Tetapi, hingga kini, belum ada faktor yg kelihatan menarik untuk membolehkan saya menyumbang melaluinya. Mungkin saya belum berkenalan dengan "the right groups within PEKIDA". Selama saya lihat, bahagian operasi PEKIDA(golongan muda) lebih cenderung kepada aktiviti bentuk FIZIKAL atau MATERIAL. Akan tetapi, tidak saya nafikan kemungkinan terdapat golongan lain(lebih rasional dan matang) dalam PEKIDA.

Seperti saya sebutkan, "internal problems" dalam PEKIDA mestilah diatasi dahulu, dan konflik antara melayu tidak boleh dipandang berat sebelah oleh ahli PEKIDA. Setiap ahli mestilah perjuangkan yg HAQ, dan perselisihan antara melayu mestilah diselesaikan dengan ADIL, apabila perselisihan sesama bangsa, status ahli gugur dan yg penting adalah HAQ dan BATIL.

Seperti kata-kata saudara 77:
"TAPI JIKA SAUDARA ADA JUMPA AHLI PEKIDA YANG SESAMA BANGSA NAK BERGADUH...saya izinkan saudara untuk Emel pada saya....saya sendiri akan sekolahkan budak itu..."

Setiap ahli mesti ditarbiah dengan islam, kerana mereka sepatutnya, pendakwah islamiah. Mereka harus faham dengan tanggunjawab berat yg dipikul. Sekali lagi diingatkan, bukan sebagai MAFIA atau Gengster. Bukan kaki pukul, mat rempit, mat dadah, mat bohjan dan segala mat yg ade......

Saudara 77, mempunyai niat murni, tetapi RAMBUT SAMA HITAM, HATI SIAPA YG TAHU. Hanya ALLAH mengetahui samada ahli PEKIDA lain mempunyai niat seperti saudara, atau sebaliknya mereka hanya menyertainya kerana faktor kawan, keseronokan,aktiviti "lasak", dll.

Walaubagaimanapun, harapan saya sebagai seorang melayu tentulah insyallah, PEKIDA akan dipulihkan dan bertukar mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan bangsa melayu. Diharap golongan professional melayu akan menolong meningkatkan martabat PEKIDA dan MELAYU seluruhnya. Jika PEKIDA masih boleh bersikap terbuka dan menerima teguran!



WASSALAM.
Al Jaffari.

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762