BALIK KE MUKA UTAMA

Email dari pelayar ( bukan pedapat www.umno-reform.com )

formmail.to: umnoreform

From_Email: aku_blues@yahoo.com

From_Name: pandangan orang bawah

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Saya seorang pemerhati politik atas pagar. sori, saya terpaksa memberi pendapat yang agak kontroversi dan mungkin tidak  disukai oleh ahli UMNO yang tidak mahukan perubahan.

Bagi saya, kita memerlukan seorang pemimpin yang telah  banyak berjasa kepada negara dan merupakan seorang yang successor kepada Tun Mahathir. Beliau adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dari segi ekonomi, saya percaya beliau adalah seorang berpengaruh di peringkat global dan dikenali dunia, membolehkan lebih  banyak foreign investment masuk ke dalam negara. Tambahan pula beliau  pernah dinamakan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia, ini bermakna beliau mempunyai pengalaman yang luas mengenai ekonomi, tambahan pula  ketika zaman kemerosotan ekonomi 1997.

Itu sebab beliau telah dijemput menjadi penasihat kewangan negara Turki. Dato' Seri Anwar jugalah yang berjasa menyelamatkan Dr Mahathir ketika tahun 1980 an dahulu (jangan lupa!!). Beliau telah dididik oleh Tun dengan begitu lama. Tambahan pula, saya percaya org2 Melayu akan dapat disatukan oleh beliau sahaja, UMNO dan PAS akan bersatu, mana tahu, kerana beliau dipercayai oleh kepimpinan PAS.

Lupakan pergeseran beliau dengan Tun, Tun sudah pun bersara. Kita orang2 Melayu perlukan beliau. Hampir 2 tahun Tun bersara,memberikan kita gambaran jelas pemipin mana yang kita perlukan. Maaf  atas pandangan kontroversi ini.

Diharap dapat difikirkan.

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762