![]() |
|
Inilah kali pertama dalam siri tamaddun manusia ada sekumpulan orang yang mengaku mewakili pengguna - pengguna Air menyokong SYABAS - sehingga sanggup melaung - laungkan Hidup Syabas - Hidup Syabas seakan merayu kepada SYABAS supaya menaikkan tarif air. Pengerusi Penaja Persatuan tersebut adalah Dato Muhammad Azaham bin Abdul Wahab menyerahkan memorandum kepada MTUC kononnya berasa hati dan kecewa dengan Memorandum MTUC dan CAWP membantah penswastaan air dan penaikan tarif air yang dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia. Menjadi bahan ketawa kami di www.umno-reform.com melihat kiriman email dokumen - memorandum yang dikeluarkan oleh Pengerusi Penaja Persatuan Pengguna - Pengguna Air Prihatin, Dato Muhammad Azaham Abdul Wahab. Sebenarnya beberapa carian www.umno-reform.com terhadap Dato Mohammad Azaham Abdul Wahab telah di buat. Insyaalah sekiranya semua selasai kami akan menghidangkan pembaca www.umno-reform.com mengenai satu simponi baru bertajuk " Naikkan Tarif Air" hasil okestra orang - orang tertentu. Bagaimana pun pelayar - pelayar www.umno-reform.com perlu dimaklumkan mengenai beberapa insiden yang benar - benar berlaku dan sekiranya kita fikirkan secara asas - tidak perlu mencabar minda jelas kelihatan seakan ada okestra yang cuba di buat untuk konon - kononnya menunjukkan bahawa orang ramai - pengguna - rakyat setuju AIR DI SWASTAKAN dan SETUJU AIR DINAIKKAN TARIF.
Lanjutan dari situ
Sungguh lucu - melihat memorandum Penaja Persatuan Pengguna Air Prihatin Selangor dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur. Nantikan pendedahan www.umno-reform.com mengenai persatuan ini dan makluman mengenai apa sebenarnya berlaku.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|