BALIK KE MUKA UTAMA


Mereka (bukan bumiputera) tidak mahu memberi peluang kepada bumiputera - kata Tun Dr Mahathir

Kisah AP masih lagi berlegar sekitar - siapa yang memperolehi - ketidakadilan dalam pengagihan - memberi kepada lembu - lembu suci ( terminologi popular sewaktu persidangan UMNO 2005) - mengganggu gugat industri nasional Proton serta konflik antara Tun Dr Mahathir dan Rafidah Aziz.

Namun satu kenyataan penting yang tercelus dalam persengketaan pendapat mengenai isu AP adalah kata - kata Tun Dr Mahathir yang di petik dari Bernama adalah : Mereka ( bukan bumiputera) tidak mahu memberi peluang kepada bumiputera sewaktu industri mengimport kereta ini di pegang oleh bangsa lain khususnya Cina. Kenyataan ini bagi www.umno-reform.com amat penting kita halusi. 

Kita harus sedar bahawa kenyataan serupa ini lebih penting untuk kita analisa dalam membentuk Agenda Nasional seperti yang di cadangkan oleh Pemuda UMNO. Kita harus akui, bahawa membesarkan kek ekonomi Malaysia tanpa kekuatan infrastruktur orang - orang Melayu dalam ekonomi hanya akan menjarakkan statistik pegangan ekuiti orang - orang Melayu berbanding dengan kaum lain. Pembesaran kek yang perlu di buat seperti cadangan oleh rakan komponen Barisan Nasional tidak akan membawa makna kepada orang - orang Melayu sekiranya mereka tidak dapat menyertai perebutan ekonomi tersebut. 

Kita juga harus akui bahawa kenyataan Tun Dr Mahathir tersebut mempunyai implikasi - implikasi tertentu yang harus di teliti sebelum kita berbicara mengenai Agenda Nasional. Sehingga ke hari ini, www.umno-reform.com percaya penyaluran perniagaan mempunyai asas demarkasi tertentu khususnya sentimen perkauman. Ketirisan yang di sebut oleh Pak Lah adalah pegangan Melayu kepada bangsa - bangsa lain tetapi ketirisan bangsa lain adalah semasa mereka. 

Hakikat ini adalah kegagalan yang perlu di perbaiki dan hakikat ini lah yang memberi justifikasi kuat bahawa kita perlu mengkaji Agenda Melayu terlebih dahulu sebelum membawa penyertaan kaum - kaum lain dalam membicarakan Agenda Nasional.

www.umno-reform.com percaya hujah dan justifikasi seperti ini agar menerbitkan pandangan serong bangsa - bangsa lain terhadap kita tetapi kita harus berani mempertahankan usaha - usaha kita untuk meneruskan apa yang kita sebut sebagai Agenda Melayu. 

UMNO dan Agenda Melayu dan kerajaan dengan Agenda Nasional


Apa yang penting adalah untuk  kita meletakan perbezaan antara kerajaan dengan kita dalam wadah politik UMNO yang membentuk kerajaan. UMNO seharusnya tidak teragak - agak memantau perkembangan ekonomi bangsa Melayu dan harus bertindak sebagai pejuang dan bukan pewaris kepada apa yang di salurkan oleh kerajaan kepada segelintir Melayu bertuah. 

UMNO bagi www.umno-reform.com sekiranya perlu menubuhkan Sekretariat khusus yang terdiri dari mereka yang bukan pemegang jawatan dalam kerajaan - yang bertindak independen - bagi memantau semua aktiviti perniagaan khususnya kepada syarikat - syarikat yang dikategorikan sebagai syarikat milik kerajaan atau syarikat yang terbit dari kerajaan. 

Kita harus bergerak berasingan - dalam memperjuangkan kemajuan ekonomi kita dan kita harus bersedia untuk mengkritik atau menjadi kumpulan pendesak dalam memastikan kerajaan tidak alpa dalam memperjuangkan Agenda Nasional yang berteraskan peluang untuk bangsa Melayu mengorak langkah membela nasib kaum sendiri. 

Kita tubuhkan dan kita pantau setiap agensi kerajaan yang mana motif keuntungan syarikat tidak berpaksi pada pengagihan kekayaan setelah memperolehi kemudahan tertentu dari kerajaan UMNO. 

Hujah kita mudah - kita menentukan nasib bangsa kita - kita tidak terkeluar dalam menyokong Agenda Nasional yang melibatkan keseluruhan kaum dalam Malaysia - tetapi kita mendesak, memberi input tepat dan formulasi kukuh untuk pembangunan Melayu. 

Kita berbicara untuk melaksanakan kerja - kerja terbengkalai UMNO. Kita tidak akan membicarakan formulasi untuk mencairkan - mendiskriminasi kaum lain dalam perniagaan. Kita hanya membincangkan isu kita - orang - orang Melayu di tanah yang semakin terhakis membela tradisi perjuangan kita.

UMNO - Agenda Melayu

Dan, tidak perlu malu, tidak perlu takut dan risau kalau kita membicarakan Agenda Melayu Baru selaras dengan deklarasi Datuk Hishammuddin - menyaksikan KEBANGKITAN MELAYU

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762