|
Tercabarkah Islam, : Asimilasi agama, natijah di sebaliknya
Anuar Mohd Nor
Bagi memastikan ianya menuruti apa yang di sarankan oleh Perdana Menteri Malaysia maka " Inter - Faith Commission" harus di wujudkan kata Malik Imtiaz Sarwar, seorang peguam
yang merupakan Jawatankuasa Penggerak Badan tersebut dalam Majlis Peguam Malaysia.
Tujuan asas yang dimaklumkan adalah bagi menyeragamkan pendekatan keagamaan dan bertindak khususnya kepada perkara - perkara yang melibatkan hak asasi kemanusiaan dan sistem perundangan yang bertindih antara agama. Secara mudah ianya seumpama Badan Perhubungan Agama yang akan membincangkan isu -isu keagamaan bagi menyelaraskan kefahaman dan pendekatan keagamaan yang berbeza dalam Malaysia.
Di beritakan bahawa Suruhanjaya Perhubungan Keagamaan ini akan di bawa untuk penubuhan formal ke parlimen bagi mendapatkan status yang sama dengan SUHAKAM atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
Sebenar ini bukan kali pertama www.umno-reform.com
memaklumkan tentang kehadiran badan - badan bukan kerajaan Malaysia yang bertindak atas paksi menyeragamkan kedudukan intipati agama - agama dunia untuk di jadikan satu bentuk pegangan kolektif yang meluhurkan nilai - nilai murni kehidupan
tetapi mempunyai motif lain di sebaliknya.
www.umno-reform.com dalam membicarakan isu sebelum ini
MENDAKWA bahawa asas asimilasi semua agama yang di cantumkan adalah bagi mengurang mampatkan
"faith" atau pegangan Islam dan mengenengahkan asas prinsip agama
baru dengan nilai kemuliaan semua agama untuk dijadikan pegangan
agama global. Hakikatnya atur cara agama dunia baru yang mula menjadi agenda pokok badan - badan dunia khususnya mereka yang asasnya beragama Kristian yang kini bertapak di Malaysia bagi kami amat mencurigakan.
Bagi kami kalau nilai - nilai dan pegangan norma kehidupan yang berasaskan keadilan atau
meneliti kata pegangan nilai seperti - jangan lakukan apa yang anda tidak mahu orang lain lakukan kepada anda (slogan pegangan oleh kumpulan yang mahu mewujudkan Badan Penyelaras
Agama ini) maka pembabitan entiti agama itu sendiri tidak perlu. Kalau nilai murni agama itu mahu di cakup dan dijadikan asas pegangan kenapa perlu kita membabitkan penukaran asas agama kita itu sendiri
?
"Global Religion" tidak perlu wujud dalam erti kata mahu membuat dasar asas agama baru yang akan sebenarnya membahaskan
Agama Islam itu sendiri khususnya di Malaysia.
"Council for the Parliment of world religion" telah mengemukakan garis -garis asas pegangan yang melibatkan nilai - nilai murni yang setiap agama telah melakukan simposium mereka tahun sudah di Malaysia di bawah Badan Kristian Demokrat Germany - yang mengelar pertubuhan mereka sebagai
Konrad Adenauer Stiftung. Konrad Adenauer Stiftung ini telah menyerap masuk ke dalam negara ini dengan tujuan bagi mempromosi asas keperluan demokrasi dan kebebasan media. Tujuan asal ini tidak akan menjadi bahan kritikan kami malah kalau hanya agenda ini yang ada maka
www.umno-reform.com pasti akan menyokong. Namun perubahan mereka dalam mempromosi agenda agama dunia dengan kekuatan asas pegangan mereka pada agama Kristian - amat mencurigakan kami. Agenda Agama Dunia ini telah di bukukan khas oleh Interfaith Malaysia Network - satu badan bukan kerajaan Malaysia dengan kerjasama Institut Kajian Dasar dan semua perbelanjaan kos ini telah di biaya oleh Konrad Adenauer Stiftung.
Bagi kami ianya hanya bertujuan untuk menyarankan agar Islam khususnya
untuk melepaskan mana - mana kandungan keagamaan dalam Islam yang di katakan oleh mereka sebagai terlampau ekstrem mengikuti definisi mereka sendiri. Ini bagi kami adalah strategi asimilasi bagi mencairkan kemampatan pegangan agama bagi
membolehkan dakyah - dakyah baru meresap dan mengaburi erti Islam malah mencemar konsep Islam Hadhari yang menjadi agenda Malaysia ketika ini.
www.umno-reform.com
pada asasnya menolak Suruhanjaya Penyelarasan Agama di bentuk yang dikatakan separa dengan Suruhan Jaya Hak Asasi Manusia.
www.umno-reform.com juga menyarankan agar usaha Global Religion yang menarik dari segi intipati tetapi mencurigakan dari segi penekanan
serta perlaksanaan di teliti dan semua penerbitan mengenai erti agama sejagat ini di pantau oleh kerajaan Malaysia.
www.umno-reform.com juga menyarankan agar siasatan di buat ke atas 2 media utama Malaysia yakni Sin Chew Jit Poh dan The Star yang di katakan sebagai "partner" oleh Konrad Adenauer Stiftung ( rujukan http://www.kas-asia.org/Partners.htm
Konrad adenauer Stiftung)
www.umno-reform.com
mencadangkan bahawa kehadiran Konrad Adenauer Stiftung di Malaysia beralamat :
Peter Schier
Suite 18.1
Level 18 , Menara Genesis
33, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel.: 60 3 2713 73 21
Fax: 60 3 2713 73 20
E-mail: kaskul@pd.jaring.my
di pantau serta aktiviti dan strategi asimilasi agama yang di buat mereka di teliti.
www.umno-reform.com
menegaskan bahawa tidak ada dalam agenda kami menolak sebarang kebaikan - kebebasan beragama dan kebebasan media tetapi strategi asimilasi yang bertujuan untuk mencabar agama Islam amat kami tentang.
www.umno-reform.com turut meragui
www.malaysiakini.com yang kini dikatakan sedang melobi Konred Adenauer Stiftung atas alasan "free press" tetapi terpaksa mempromosikan isu agenda agama dunia ini.
Kami turut menolak bahawa Konsep Islam Hadhari dan kehendak Pak Lah adalah sebab penubuhan Suruhanjaya Penyelarasan Agama ini dicadangkan dan mahu dilaksanakan. Sekiranya mereka jujur maka tidak ada sebab untuk kita menolak tetapi kecurigaan pengasas dan dana penggerak untuk mereka menyebabkan kami dalam
www.umno-reform.com MENOLAK
sepenuhnya agenda yang kami rasakan jahat dan bertujuan untuk memecahkan saf - saf mereka yang beragama Islam itu sendiri.
Pihak www.umno-reform.com
dengan itu menggesa bahawa pertubuhan NGO rakan www.umno-reform.com
bertindak untuk memulakan diskusi dan penilaian bagi membincangkan isu asimilasi agama Islam dan khususnya cabaran yang di buat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|