BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


formmail.to: umnoreform

From_Email: afirdausy@yahoo.com.my

From_Name: Ahmad Firdaus Yazid

Subjek: Request for Proposal

Tuan Editor (Sambungan)
Sila guna alamat email di atas. Alamat sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatannya.

Cadangan penubuhan Independent Police Complaints and Misconduct  Commission (IPCMC)" sepertimana dalam cadangan Suruhanjaya DiRaja  Mengenai Penambahbaikan Institusi Polis amat-amatlah dialu-alukan oleh  rakyat kebanyakan. Saya tidak nampak ketidaksesuaiannya dalam hal ini  sepertimana bantahan oleh Ahli Parlimen Sebelum ini. Ianya bukan untuk  mencari salah pihak polis tetapi bagi memastikan anggota-anggota polis  sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas dengan Jujur, Amanah dan  Cekap(JAC).

Bukan maksud saya untuk mengatakan anggota polis sebelum dan  sekarang ini tidak JAC tetapi ada sebilangan antaranya telah mula  menyeleweng daripada tugas yang sebenarnya sebagai anggota polis. Dalam  hal ini saya yakin Pak Lah telah membuat pertimbangan sewajarnya  mengenai perkara ini.

Mengenai RM9 yang akan dibentangkan dalam beberapa hari lagi, sudah ada  kedengaran dikalangan penyokong kabinet terkanan (most of them adalah  kontraktor) untuk mencalonkan calon mereka bertanding melawan Presiden  UMNO (Pak Lah) dalam pemilihan akan datang sekiranya Pak Lah gagal untuk  menjana projek-projek baru. Disini jelas kebanyakan daripada mereka ini  hanya mementingkan kocek mereka tanpa mempedulikan nasib rakyat dibawah  yang amat memerlukan pembelaan.

Sekian, Jumpa Lagi

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762