|
Adakah terlaksana keadilan setelah Lembaga Disiplin menjatuhkan hukum?
Kita telah menyaksikan pelbagai keputusan dan hukuman di jatuhkan oleh Lembaga Disiplin. Ada yang di hukum dan ada yang bebas sekadar dengan amaran. Namun yang paling menarik apakah terlaksana keadilan setelah mereka yang bergelumang dengan rasuah politik di gantung keahliannya. Apakah setakat itu sahaja pengukuran keadilan dan apakah setakat itu sahaja yang mampu di definisikan sebagai keadilan?
Perlu di ingat antara mereka yang di hukum adalah mereka yang telah menggunakan rasuah politik untuk memenangi jawatan. Apakah nasib mereka yang kalah sewaktu itu terbela. Mereka tewas pada satu perlawanan yang tidak adil. Sungguhpun yang melakukan jenayah politik telah disabitkan kesalahan tetapi mereka yang tewas dalam perlawanan itu tetap tewas tanpa pembelaan. Justeru itu pengukuran keadilan adalah tidak konklusi sekiranya mereka yang tewas itu tidak di bela.
Kita ambil isu pertandingan Naib Presiden, sewaktu Tan Sri Isa Samad memang. Hari ini beliau telah disabitkan kesalahan. Keadilan di satu sudut telah terlaksana. Namun bagi yang tewas kerana rasuah politik Isa Samad tetap tewas. Ini memberi makna bahawa keadilan bagi pihak mereka yang tewas itu tidak ada. Terlucut jawatan Isa Samad seharusnya memberi ruang kepada orang yang keempat dalam pemilihan tersebut menyandang jawatan Naib Presiden. Bagi kami inilah adalah perlu untuk memberi keadilan kepada semua pihak.
Insiden ini juga boleh dirujuk dalam kes Bandar Tun Razak. Datuk Amil Salleh di dapati bersalah kerana menjadi ajen pelobi untuk beberapa individu dalam pemilihan perwakilan tujuh. Menurut Utusan Malaysia baru -baru ini kerana peranan Datuk Amil Salleh sebagai ajen pelobi maka Bekas Setiausaha Bahagian Bandar Tun Razak tewas dalam pemilihan tersebut. Apakah dengan hukuman gantung 1 penggal Datuk Amil Salleh memberi keadilan kepada mereka yang tewas. Apakah pula mereka yang bersekongkol dengan Datuk Amil Salleh, membenarkan cawangan mereka di jadikan markas untuk Datuk Amil Salleh melobi, menyenaraikan nama yang patut di pilih dan seterusnya menjayakan program - program melobi Datuk Amil Salleh tetap menang dan tidak di kenakan sebarang tindakan. Mereka turut serta sebagai ajen pelobi dan mereka tahu bahawa apa yang mereka buat menyalahi etika peraturan parti.
Majlis Tertinggi harus mengambil berat
Adalah menjadi tugas Majlis Tertinggi sebenarnya mengambil tahu dan melakukan beberapa rancangan susulan bagi memberi keadilan kepada semua dan bukan hanya mendefinisikan keadilan sebagai menghukum mereka yang patut di hukum sedangkan ada antara mereka terhukum disebabkan perbuatan penjenayah rasuah orang yang di hukum oleh Lembaga Disiplin.
Pengukuran keadilan harus menyeluruh dan bukan setakat dapat menangkap penjenayah
rausah politik sahaja. Memandangkan konsep penghukuman dalam Lembaga Disiplin UMNO berbeza dari Akta - Akta Jenayah Rasuah maka pengertian keadilan harus juga berbeza dari hanya menghukum mereka yang melakukan rasuah politik. Majlis Tertinggi seharusnya meneliti setiap kes bagi membolehkan mereka yang teraniaya di beri peluang selanjutnya. Mereka harus meneliti semula pemilihan yang tercemar dengan rasuah politik dan membincangkan bagaimana mereka yang teraniaya tersebut merasakan juga erti keadilan.
Kami percaya dalam beberapa kes maka se tidak - tidaknya pemilihan semula atau peningkatan mengikut susunan perlu di buat bagi memastikan mereka yang sebenarnya layak menjawat jawatan atau sebenarnya layak terpilih dalam perwakilan di beri tempat semula.
Mungkin itu lebih mengertikan keadilan dari hanya membiarkan Lembaga Disiplin membuat keputusan dan ianya terbantut setakat itu sahaja.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|