BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar

 

Achmad Soeparjo <parjo_888@yahoo.com>

To: umno-reform <editor1@umno-reform.com>

Subject: Demontrasi dan nilainya.

Date: Wed 03/29/06 01:19 AM


Dalam Debat Perdana 26 Mac lepas, wacana itu cuba menyimpulkan demontrasi sebagai  bukan aktiviti 'Kesopanan dan Kesusilaan' seperti kehendak Rukun Negara. Ahli  panel daripada Pemuda Umno cuba mengambarkan orang Melayu kalau marahpun dengan  diam saja. Datuk Johan Jaafar selaku Pengerusi pun cuba menekan Lim Guan Eng yang  berprinsip demontrasi sebagai luahan rakyat. Menteri di JPM, Datuk Nazri Aziz  mahu demontrasi yang sering dilakukan selepas solat Jumaat dihapuskan.
 
Semua kena jujur melihat demontrasi sebagai aktiviti sejagat dalam menyatakan  rasa terkejut oleh masyarakat yang tidak mampu berbicara secara formal dengan  pihak penguasa. Jika Datuk Johan mengatakan demontrasi bukan nilai Asia, hari ini  di kota Bangkok dan Manila menyaksikan ribuan rakyat di sana berdemo sebagai  respon tidak puas hati. Jika mengatakan Melayu marah dengan diam atau geram saja,  maka padamkan saja catatan sejarah yang orang-orang Melayu berdemontrasi  menentang gagasan Malayan Union.

Hakikatnya, demontrasi merupakan jeritan daripada orang-orang tersisih dan tidak  dipedulikan. Mereka punya rintihan yang tidak dapat disalur kepada yang  sepatutnya kerana halangan birokrasi dan perbedaan pendirian. Begitulah Umno  melawan Malayan Union tahun 1946 dahulu. Umno tidak punya kuasa dan mahu melawan  British. Pilihan yang ada ialah demontrasi. Sifir yang sama harus diguna untuk  mengadili setiap demontrasi yang ada. Moga-moga semua pihak berjiwa besar!

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762