BALIK KE MUKA UTAMA

Email dari pelayar ( bukan pedapat www.umno-reform.com )

Komitmen Anwar untuk bersama dengan PKR tidak dapat ditolak lagi.
ABU URWAH BARU
UNITED KINGDOM

Berita beliau telah lari dari perjuangan selepas keluar dari penjara padam sama sekali. Ternyata hasrat Anwar untuk kembali dalam persada politik  tanahair  semakin jelas. Semakin kecewalah orang-orang UMNO yang sedang melobi  beliau  kembali. Sehingga tercetus kata-kata Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh supaya Anwar segera memimpin PAS. Dalam perhimpunan baru-baru ini, Anwar  berikrar akan memimpin PKR dan kumpulannya bulan Mei ini. Kita akan  melihat  sekali lagi politik tanahair akan kembali menarik dan panas.

Kini Anwar telah bersedia, walaupun jentera PKR tidak bemaya lagi.  Kehadirannya, setelah mendapat sokongan ramai rakan-rakan di luar negara samada dari tanah Arab, Eropah dan Amerika akan memberi impak dalam  percaturan politik kali ini. Semua figur utama dunia ditemuinya samada  Islam atau bukan Islam dianggap telah memberi laluan serta dokongan  kepada  Anwar untuk kembali. Beliau sanggup melepaskan jawatan SU PBB (ada  cadangan) demi cita-citanya dalam politik negara. Bagi barat, beliau  adalah  aset utama bagi menggugat kestabilan yang dicapai oleh negara ini.

Sumber  kewangan dikenalpasti dan berbagai badan sokongan ditubuhkan dalam dan  luar  negara bagi memastikan kedatangan beliau akan membantu kedudukan  kewangan mereka yang bekerja untuk beliau. Sebagai ahli politik veteran, wang
juga merupakan daya tarikan undi selain daripada idealism yang mungkin faham atau tidak oleh masyarakat seluruhnya. Anwar tidak akan kembali sekiranya tidak punya wang dan jentera. Adalah bodoh seseorang ahli politik yang berjuang tanpa wang dan jentera pelobi.

Yang menarik kali ini, Anwar tidak akan mampu mengugat kewibawaan parti pemerintah sekiranya beliau tidak disokong oleh mereka yang boleh memperkembangkan idea dan bersedia untuk bekerja keras bagi membolehkan beliau berada di puncak kepimpinan negara. Idea Anwar akan menjadi gersang tanpa sokongan dari cerdik pandai ini. NGO ini lebih kuat daripada NGO-NGO yang sedia ada dalam negara. NGO ini terdiri mereka yang sama-sama berjuang dengan beliau suatu ketika dahulu, sanggup berkorban kerana beliau. NGO bernama MUAFAKAT yang di pengerusi oleh Dr.Muhd Nur Manuty ( pakar keluar masuk PKR), dan Presidennya Prof.Dr.Osman Bakar (pensyarah UIAM yang lari ke US), pastinya mampu menguatkan Anwar serta menggugat lawan.

Di dalam barisan kepimpinannya yang diatur oleh Hj.Ismail Mina (pernah mendapat konsensi IPP, 10% man,semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan) termasuk Datuk Nik Zain (bekas KSU Kementerian Tanah dan Galian), Dr.Muhd Nur Nawawi  (jutawan baru), Dr Sidek Baba ( pensyarah UIAM dan penceramah Islam Hadari,  JAKIM), Yunus Aminuddin (MARDI),Dr.Kamar Oniah, Datuk Mokhtar Shafie, Ramli  Musa (Syarikat Ingress penaja utama Anwar serta beberapa pimpinan pilihan  dalam PAS), Anuar Salleh, Kamaruddin Mohd Nor dan Kamaruddin Jaafar serta  ramai lagi yang turut menumpang tuah. Pensyarah-pensyarah tersebut mungkin  telah mendapat restu oleh Presiden UIAM atau Menteri Pengajian Tinggi.

Sesungguhnya penubuhannya yang direstui oleh Anwar dan pertemuan demi pertemuan telah dibuat setiap kali Anwar kembali ke tanahair, Anwar sedar  bahawa mereka inilah yang akan sanggup berkorban hatta ke penjara sekalipun  demi perjuangan beliau. Anwar tidak perlu lagi IKD. IKD dianggap latihan untuk budak-budak parti PKR serta mengabui mata pemerintah dalam berita  akhbar yang sensasi. Mereka telah memulakan usaha pertamanya dengan  Konvensyen Melayu baru-baru yang dianggap sebagai usaha menarik minat  orang-ramai serta menyusun gerakan untuk merekrut mereka yang  berpengaruh  untuk dijadikan dinding. NGO ini akan memulakan langkahnya dengan gaya  sendiri tetapi tidak akan lari dari arahan serta telunjuk Anwar. Yang pasti  kumpulan ini tidak pernah senang dengan kumpulan Pak Lah, musuh tradisi  semasa belajar sehinggalah dalam UMNO. Kumpulan ini turut menggugat NGO Islam yang berpengaruh yang lain, walaupun mungkin sebahagian pimpinan  yang  ada datang dari NGO Islam tertentu namun ianya hanya serpihan dari  ribuan  ahli NGO itu. NGO juga bersedia bertempur dengan sesiapa sahaja termasuk NGO  atau individu Islam yang menghalang Anwar. Yang pasti Anwar akan  menyalurkan  sumber kewangannya dengan projek-projek di luar negara yang telah Anwar atur  semasa pelariannya di sana. Mereka semuanya bersemangat ingin menumpang  kegemilangan dan mencari kewangan seperti dahulu, kalau-kalau Anwar  kembali  memerintah.

Mungkin juga, Anwar pun ada darah mamak, yang sekarang ramai mula (kumpulan mamak) merebut jawatan penting dalam kerajaan, parti atau NGO. Sekarang bertaburan gurka-gurka dipasang dalam parti UMNO, parti  PAS,  NGO untuk melakukan psy war politik untuk Anwar.

Anwar akan kembali berkuasa. Pengikut , pengaruh dan wang semakin  meningkat  menyakinkan beliau. Kononnya, Rahim Ghouse (JIM-ABRAR) telah pun membuka  institusi kewangan di Australia untuk mengendali keluar masuk sumber  kewangan Anwar dan PKR. Yang benar-benar simpati dengan beliau  diketepikan  dulu kerana orang-orang korporat yang ditendang keluar oleh pemerintah  kembali merangkak kepada Anwar. Orang-orang ini sering menelefon Anwar,  sebagaimana didakwa sendiri oleh Anwar. Anwar harus melayani mereka kerana  beliau tahu bahwa ini adalah sumber maklumat dan kekuatan. Anwar tidak  perlu pejuang-pejuang kecil. Orang-orang seperti Anuar Tahir, Mustafa  Kamil  Ayub (tidak punyai pengaruh langsung dalam politik dan parti PKR, cuma  berharap lantikan Anwar, Shaari Sungip (menagih simpati politik dengan  buku  beliau dalam ISA, didokongi oleh jentera yang cukup kuat oleh JIM),  Lokman  (suatu ketika dahulu jaguh dipentas dan di microphone), Hishamuddin Rais (pening dengan idea pelik serta bodoh) dan lain-lain diketepikan atau  digunakan ketika terdesak. Berlumba-lumba orang seperti ini datang apabila  mendengar arahan Anwar. Setakat senyum, angkat tangan, melayani sepatah  dua  kata, adalah lumrah orang politik dan merupakan kekuatan beliau.

PAS juga memualkan Anwar. Dengan sikap sombong serta taasub dengan pendirian  PAS, tidak memungkinkan Anwar terjun bersama-sama mendokong dasar dan  prinsip PAS. Namun beliau mesti bersikap waspada kerana sokongan PAS  adalah  kemestian, bagi membolehkan beliau mencapai cita-cita beliau. Maka dipujuk  agar, Datuk Kamaruddin Jaafar menjadi Setiausaha PAS. Manakala DAP ,  Anwar  menunjukkan kesunggguhannya bersama parti ini untuk berkongsi visi. Kerana  undi orang cina masih dianggap sebagai keramat bagi orang politik (satu pandangan yang salah !). Bagi DAP serta NGO lain, inilah masanya Anwar  digunakan, jika tidak mereka selama-lamanya tidak akan dapat memnuhi  cita-cita mereka untuk memerdekakan negara ini dari orang Melayu.

Kebijakan  beliau ialah menggunakan strategi do not commit with anyone and think as you like but behave like others seperti yang diungkap oleh Robert Greene dalam buku The 48 laws of Power. Hanya beliau sahaja yang tahu arah  tujuan beliau. Orang lain tidak penting.

Anwar semakin tajam dalam pandangan politik. Orang yang diberi ruang dalam  masa lebih 5 tahun ini, telah belajar banyak dari kesilapan yang lalu.  Beliau lebih kemas manipulasinya dan pastinya beliau tidak akan lagi  kecundang. Inilah yang difahami oleh kumpulan MUFAKAT ini. Kumpulan ini  pernah menjadi master planner Anwar ketika beliau dalam pemerintahan.  Kumpulan ini berdiam diri semasa Anwar di penjara, atau terlibat atau  mencuba nasib dalam PKR berharap dapat menyelamatkan Anwar. NGO ini mungkin  baru dilahirkan tetapi mereka yang terlibat adalah mereka yang cukup  mahir  dalam pencaturan politik. Tak mungkin Anwar melepaskan aset yang cukup  berharga dalam perjuangan politiknya. Anwar tetap menjadi ikon utama dalam  meletakkan perjuangan membawa perubahan tetapi orang politik tidak akan  berubah. Manipulasi, berpura-pura, mengadu domba, mencari kekayaan,  mempergunakan rakyat, demi survival politik nya adalah rule of the game. Cari formula apa saja unutk dijeritkan kepada masyarakat, semuanya hanya meniti diatas bibir , ternyata realiti tetap realiti.

Akhirnya reformasi bukan hanya laungan atau retorik sahaja. Dimana sahaja  ianya boleh, akan berlaku dan kita seharusnya bersedia untuk melakukan  perubahan demi kebaikan agama, bangsa dan negara. Itulah akan menjadi  rujukan serta pilihan rakyat. Dengan itu mana-mana parti atau pemimpin  berjaya melakukannya, itulah yang akan diadili oleh rakyat. Selamat Datang
Anwar.


ABU URWAH BARU
UNITED KINGDOM

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762