|
From: user@FormMail.To
Reply-To: <"Abu Ahmad"@NONE>
To: editor1@umno-reform.com
Date: Thu 05/11/06 01:09 AM
From_Email: Abu Ahmad
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Saya tak dapat lari dari menyangka Uncle M adalah
seorang 'lama' bekas kakitangan awam yang mungkin pernah
mendapat habuan semasa pemerintahan TDM. Ini adalah sangkaan
yang mendorong saya memberi sedikit komen kerana cara penilaian
tinggi Uncle M terhadap TDM mengimbau kembali segala retorik
tentang betapa TDM adalah umpama seorang pemimpin yang turun 'dari
langit'. Kita masih teringat betapa TDM sering dijulang sebagai:
1)Berjaya menangani krisis ekonomi dan matawang pada tahun 1979,
dengan menolak pinjaman Bank Dunia dan menambat nilai
Ringgit.
2)Membawa pembangunan dengan beberapa buah projek meganya,
barulah Malaysia mula di kenal dan "dihormati."
3)Berjaya bukan saja "mengejutkan" kuasa-kuasa Barat, akan
tetapi juga "membuka" kedua-dua mata mereka, iaitu termasuk mata
hati mereka dengan penolakan pinjaman Bank Dunia.
4)Berjaya menjual nama Malaysia dan menjadikan TDM terkenal di
dunia.
5)Menjadikan Malaysia dihormati Barat kerana kekuatan mestilah
dilawan dengan kekuatan. Inilah juga yang dihormati Singapura.
6)Memperkasakan Malaysia di mata dunia sebagai menentang
pengaruh media Barat yang tanpa sokongan/pendedahan mereka
sesebuah negara itu akan terpencil.
7)"menggegarkan" dunia dengan kenyataan-kenyataan lantang dan
usahanya terhadap membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara
maju setara dengan negara-negara lain di dunia
8)Teras pemerintahan beliau menjadikan Malaysia "duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi" dengan negara-negara maju
lainnya.
Kalau kita perhatikan kesemua pujian yang diberi oleh Uncle M
adalah salinan daripada apa yang digembar-gemborkan oleh
media kerajaan saban hari sejak dulu. Hampir kesemua senarai
pujian tersebut memberi fokus ke arah mengangkat mertabat
TDM (tentulah mereka dikaitkan dgn mertabat negara) ke taraf
dunia. Dengan lain perkataan penilaian utama atas segala usaha
sepanjang pemerintahan TDM adalah untuk menunjuk-nunjuk kepada
dunia. Yang dikhuatirkan 'dunia' mungkin tidak ambil kisah pun
tentang usaha TDM dan siapa beliau sebenarnya. Rakyat terutama
di negara maju yang lain memang terdedah dengan segala macam
maklumat tentang negara luar melalui internet dan segala macam
saluran media yang semakin canggih.
Kita di Malaysia pun mudah saja untuk mengetahui
apa yang terjadi di negara luar, dan apa yang dibuat oleh
pemimpin luar negara. Pemimpin yang baik dan berjasa wajar
disanjung. TDM memang banyak melakukan perubahan yang memberi
faedah kepada rakyat. Namun perbuatan terlalu kerap menyanjung
beliau atas sebab-sebab 'luar negara' harus sekali sekala
dipertikaikan. Sanjungan serupa ini telah bertukar menjadi
retorik politik kerana sebagai rakyat biasa amat mudah untuk
melihat
unsur-unsur 'kipasan' dan 'pemujaan' yang berlebihan.
Pada masa yang sama faedah yang sampai kepada rakyat di segenap
pelusuk negara daripada segala usaha TDM itu tidak berapa dapat
dilihat berbanding dengan jumlah perbelanjaan negara. Malahan
banyak juga faedah dan keadaan lebih baik yang sedia ada diambil
balik atau diburukkan seperti biasiswa pelajaran, bantuan SAR,
mertabat Bahasa Melayu, integriti antara kaum, jurang
kaya-miskin, amalan rasuah & politik wang, dsb yang berleluasa
tetapi tidak akan dibincangkan di sini.
Satu soalan yang 'valid' untuk "mengendorkan" segala retorik
pujian tersebut ialah, benarkah sebab utama Malaysia semakin
dikenali adalah TDM atau adakah Malaysia semakin dikenali atas
sebab-sebab pencapaian yang baik ataupun sesetangahnya
adalah juga sebab kerajaan TDM dahulu melakukan perkara-perkara
yang hanya 'pemimpin zalim' saja tergamak melakukannya.
Ini mungkin adalah 'bad news' yang mengangkat martabat TDM dan
Malaysia di mata dunia. Atau mungkin lebih baik kita tutup
sahaja episod "penyenaraian jasa-jasa" TDM ini sepertimana
kenangan tentang Tunku yang hanya dibuka sekali-sekala, sebagai
artifak untuk generasi akan datang.
Sekian.
|