|
JANGAN SEBUT PECAT SAMY, PAK LAH SAYANG DIA
Oleh Abang Mahmor
Pecat Samy Vellu? Geli hati saya mendengarnya. Mana Pak Lah berani pecat
Samy Vellu. Dia dianggap ketua kaum India yang paling cerdik di Malaysia
ini. Dialah orang yang paling bertanggungjawab dengan kerjanya. Dia
sedia tanggung risiko dan dia boleh jawab apa juga masalah dalam ‘Bahasa
Malaysianya’ sendiri.
Bukan kata jambatan di MRR2 sahaja yang bahaya, tetapi banyak jalanraya
yang bahaya sekarang ini. Berlubang sana, berlubang sini, terongkah sana,
terongkah sini. Hinggakan ada kawan mengatakan, jalan raya di Malaysia
ni tak pernah siap. Sentiasa dalam pembaikan bukan penyelenggaraan.
Samy Vellu sudah mangli dengan jawatannya hinggakan beliau dianggap
sebagai Sami yang kebetulan nama beliau Samy kepada pemimpin kita sejak
berdekat lalu. Tun Mahathir pun tak boleh buang dia. Malah entah-entah
Tun Mahathir dan pesan pada Pak Lah jangan ketepikan Samy Vellu.
Dalam MIC yang diketuai pun tidak siapa boleh usik dia. Siapa usik, siap.
Tetap akan dipulau dan dicap melawan tauke. Samy bersifat tidak akan
turun dari takhtanya dari MIC dan begitu juga dari jawatannya yang sudah
bagaikan sain kontrak sampai mati.
Sebelum ini juga, Samy tidak mudah mengalah dengan isu lebuh raya
Karak-Kuantan yang sepatutnya dia sudah disuruh berhenti. Tapi dia
teruskan juga kerana selagi ada lebuh raya dan jalan raya, dia akan
terus jadi menteri kerja raya.
Pada mata Perdana Menteri tak kira siapa sebelum ini dan sekarang, kalau
tidak ada Samy Vellu, Malaysia tidak akan ada lebuh raya dan jalan raya.
Mungkin jalan raya kampung saja yang layak. Jambatan pun tak jamah.
Begitulah hebatnya Samy Vellu pada mata pemimpin kita dari dulu sampai
sekarang.
Samy hanya akan berhenti dari jadi Menteri Kerja Raya setelah dia dapat
mengenalpasi ada orang yang betul-betul macam dia baru dia akan lepaskan
MIC dan jawatan menteri. Sampai dirinya kiamat, tidak akan ada pengganti
kerana dia sudah menguasai pemimpin atasan dan sudah berjaya
mempengaruhi menteri-menteri bukan Melayu (Cina) untuk menyuarakan
undang-undang syariah melalui memorandum baru-baru ini. Itu pun Pak Lah
tak sedar lagi yang Samy Vellu sudah naik tocang.
Simpanlah orang-orang yang macam ini dalam kabinet. Yang turut belum
sedar diri lagi pun patut fikir sama seperti Kadir Sheikh Fadzir dan
Rafidah Aziz yang Pak Lah semakin sayang untuk membantu beliau menyinari
Malaysia yang mungkin padanya Rafidah cemerlang, Kadir gemilang dan Samy
terbilang.
|