![]() |
|
|
|
Rakan - rakan pembaca www.umno-reform.com. Mula sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah dengan kehadiran satu laman yang menyelongkar beberapa isu sungguhpun berada dalam kepompong umno. Dalam beberapa minggu sahaja melayari laman ini saya dapati bahawa suara mereka adalah suara yang perlu dizahirkan. Apa pun saya harap hasrat dan harapan laman ini tercapai dalam memartabatkan reformasi khususnya dalam umno. Setidak - tidak laman ini menunjukkan bahawa ahli umno tidak semua yang bagai lembu di cucuk hidung. Semua telah sedia maklum harga minyak telah naik sebanyak 30 sen. Kenaikan ini pasti mengundang kenaikan harga barangan lain dan akhir sekali kita dihadapkan dengan bebanan hutang TNB sebanyak 29 billion. Seperti biasa bila terdapat hutang sebanyak itu atau kerugian dalam syarikat milik penuh atau separuh kerajaan maka rakyat akan digesa untuk berkorban. Tenaga Elektrik pasti akan naik dan rakyat sekali lagi akan tersepit dengan peningkatan - peningkatan susulan barangan lain. Kerajaan dalam kenyataannya memaklumkan bahawa mereka faham situasi TNB. Malangnya tidak ada pula kepimpinan yang faham situasi rakyat dan pengguna yang lain yang akan menanggung bebanan hutang TNB. Apa yang jelas kelihatan ialah - satu solusi mudah, naikkan harga elektrik. Ini jawapan mudah yang tidak memikirkan rakyat. Ini hak asas kehidupan bukan satu barangan yang mempunyai alternatif. Kenaikan elektrik akan meningkatkan lagi kos kehidupan dan harga barangan lain. Mahu tidak mahu haga elektrik perlu kekal atau lebih murah apabila kecekapan mentadbir semakin meningkat. Sekiranya tidak - hutang melimpah dengan banyak maka perkara pertama yang perlu di ambil ialah melihat ketidakcekapan pentadbiran. Apa yang sepatutnya berlaku sebelum rakyat diminta berkorban untuk menanggung hutang TNB ialah membogelkan TNB untuk menyiasat kenapa hutang mereka boleh mencecah sehingga ke 29 billion. Langkah awal ialah untuk meletakkan mereka yang memimpim TNB untuk menjawab persoalan hutang 29 billion tersebut. Jentera TNB harus disiasat terlebih dahulu dan mereka yang menjawat jawatan penting perlu dipertanggungjawab dalam memberi justifikasi mengenai hutang. Apakah sebenarnya mereka tidak cekap sehingga projek yang PASTI MENDAPAT PULANGAN BESAR HARI INI BERHADAPAN DENGAN HUTANG. Sekiranya mereka tidak cekap maka kerajaan harus melihat beberapa alternatif lain dalam usaha memusingkan TNB ke jalan yang betul. Saya percaya rakyat tidak akan semudah itu bangkit sekiranya justifikasi benar di terima akal diberikan kepada mereka. Tetapi rakyat akan bangkit sekiranya TNB meningkatkan harga, membebankan rakyat tetapi punca kesalahan adalah pengurusan yang tidak cekap dan ditambah pula dengan kehadiran rasuah yang memuncak dalam TNB. Berita mengenai pembaziran - peningkatan kos pembelian yang berpunca dari rasuah sudah memang tersebar hebat di TNB. Namun tidak ada inisiatif untuk membongkar pembelian TNB dengan harga semasa sesuatu barangan. Barangan yang di beri telah di campur dengan kos rasuah menyebabkan barangan itu mahal. Saya percaya perkara penting BUKAN meningkatkan harga elektrik terlebih dahulu kerana harga akan tetap naik dan hutang akan tetap bertambah sekiranya pengurusan tetap dipilih dari kalangan kronis yang membaham wang rakyat.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|