BALIK KE MUKA UTAMA

Pembentukan Pemuda UMNO tanpa jati diri


Gandingan Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin semenjak pemilihan pemuda UMNO yang lalu hanya menyaksikan kehadiran Pemuda Umno tanpa jatidiri sebenarnya. Bagi saya keberkesanan Pemuda UMNO, apabila Datuk Hishammuddin mengambil alih tersangkut dan terbantas. Saya juga adalah ahli anggota pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, namun saya percaya hari ini kepimpinan Pemuda gagal menyerlah, Pemuda UMMNO hilang jati diri dan kehadiran dalam Pemuda adalah semata - mata untuk memperjuangkan politik diri tanpa berani memegang pada prinsip perjuangan.

Datuk Hishmmuddin sendiri bagi sahaja hadir memimpin Pemuda kerana kemelut Pemuda dan terus berkekalan sewaktu kemelut politik tanah air tahun 1998. Beliau kekal hadir tanpa melalui proses - proses pemilihan atas alasan kerana takut perpecahan. Kekuatan Datuk Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin tidak terbukti secara telus kerana budaya dalam Pemuda UMNO kini sudah tukar menjadi budaya pengikut dan bukan budaya mahu melahirkan pemimpin.

Kita perlu menterjemah satu kenyataan yang pernah di buat oleh salah seorang kepimpinan pergerakan pengguna Ralph Nader " Fungsi kepimpinan adalah untuk melahirkan lebih ramai lagi pemimpin dan bukan lebih ramai pengikut " dan dalam pergerakan Pemuda UMNO hari ini, kepimpinan Hisham melahirkan ramai pengikut dan bukan pemimpin. Pergerakan Pemuda tidak lagi menlahirkan mereka yang teruji kepimpiman tetapi lebih kepada siapa yang lebih menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin walau dalam apa pun keadaan. Ini kemudian disokong oleh kekukuhan membeli tempat dalam Pemuda dan bagi saya ialah hubungkait dengan Pedana Menteri Malaysia.

Datuk Hisham dalam kepimpinannya gagal memberi ruang yang terbuka agar Pemuda di bentuk sebagai seorang pemimpin tetapi hanya hadir untuk mengikuti "follow like buffalo". Sebenarnya pemimpin yang baik adalah seorang pengikut yang setia tetapi kuat jati diri untuk menegur. Dalam Islam  - apabila kita mengerjakan solat, iman yang mengetuai satu - satu jemaah perlu memimpin dan mengetuai jemmah dengan penuh istiwqamah dan keyakinan. makmum perlu juga prihatin akan kepimpinan Iman dan sekiranya solatnya menjerumus kepada kesilapan yang mampu membatalkan solat tersebut maka makmum boleh menegur dan membetulkan dan sekiranya masih lagi Imam itu terus melakukan kesalahan maka para jemaah tidak wajib lagi menuruti Iman tersebut.

Malang keindahan kepimpinan sebegini tidak wujuda dalam budaya UMNO. Hisham mahu mereka yang ada menyokong secara berterusan secara membuta tuli kerana sekiranya tidak maka peluang untuk berkembang dalam politik akan terbantut. Ini lah yang ada sekarang dan ia pasti akan berkekalan lama sehingga ada kepimpinan baru yang lahir dan membawa arus perubahan tersebut. Malangnya ini tidak juga kelihatan pada Khairy Jamaluddin.    

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762