BALIK KE MUKA UTAMA


 


Angkatan Muda Parti Keadilan Nasional
Laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir

Kami, dari Angkatan Muda Keadilan Malaysia ingin membuat satu laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan beliau melalui satu wawancara bersama media yang dikeluarkan oleh laman web Malaysiakini.com yang kami baca hari ini di Ibupejabat Keadilan di Brickfields seperti berikut:

“My contention is the government has lots of money and Putrajaya is built largely from Petronas funds. Petronas made a profit of RM 50 billion last year and this year of RM 80 billion”

Sila rujuk lampiran

Kami berasa sangsi bagaimana wang rakyat yang begitu banyak boleh dibelanjakan oleh seorang bekas Perdana Menteri mengikut selera dan sesuka hati beliau. Tiada sebarang laporan dibentangkan kepada rakyat sama ada di Parlimen atau diumumkan kepada umum. Kami sesungguhnya percaya terdapat kemungkinan berlakunya salah guna kuasa oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan meminta pihak polis untuk menyiasat perkara ini.

Di dalam masa yang sama kami juga ingin merujuk kepada kenyataan Tan Sri Ani Arope, Bekas Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwawancara oleh wartawan dari media cetak The Star iaitu Saudara Jagdev Singh Sidhu berhubung dengan perjanjian TNB dengan Pengeluar Kuasa Bebas atau lebih dikenali sebagai (IPP) yang melaporkan seperti berikut:

How was the Malaysian model of IPPs created ?
Ask our previous Prime Minister (Dr Mahathir)


How was the process of negotiations with IPPs conducted ?
There was no negotiation. Absolutely none. Instead of talking directly with the IPPs, TNB was sitting down with the EPU. And we were harassed, humiliated and talked down every time we went there. After that, my team was disappointed. The EPU just gave us the terms and asked us to agree. I said no way I would.

Sila rujuk lampiran

Adalah jelas daripada wawancara ini bahawa Tan Sri Ani Arope merujuk kepada perlakuan salah guna kuasa oleh seorang Perdana Menteri yang telah memaksa TNB menandatangani perjanjian dengan IPP tanpa melalui prosedur yang betul dan teratur.

Justeru, di atas dua kenyataan ini, kami yakin dan percaya bahawa pihak polis mempunyai asas yang kukuh untuk memulakan siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah mana-mana kesalahan sama ada di dalam Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Rasuah 1997 atau mana-mana undang bertulis.

Sekian, laporan kami.
 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762