BALIK KE MUKA UTAMA

Khairy lebih menyerlah dari Hishammuddin


Saya berpendapat bahawa Khairy Jamaluddin mampu memberi suntikan baru sekiranya Hisham tamat memimpin pemuda Umno. Setakat ini kita lihat Khairy mempunyai semangat anak muda yang memulakan siri Agenda Melayu Baru dan memulakan siri memantau Kementerian - Kementerian dalam memberi peluang yang khusus kepada Melayu.

Khairy mengambil langkah sesuai dalam bidang sukan dengan My Team yang bagi saya baik untuk memajukan sukan bola sepak negara ini. Inisiatif - inisiatif yang lebih akan di ambil oleh beliau sekiranya beliau kelak memimpin Ketua Pemuda.

Sementara itu Datuk Hishammuddin bagi saya setakat ini tidak berjaya memimpin pemuda kerana kepimpinan Pemuda yang hadir sekarang ini - termasuk jawatankuasa lama hanyut entah kemana. Masa sudah sampai untuk Hisham melepaskan jawatan supaya Khairy dapat memimpin dengan lebih berkesan lagi. Setakat ini Khairy lebih menyerlah daripada Hisham dalam Pergerakan Pemuda Umno Malaysia

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762