BALIK KE MUKA UTAMA


BPPNS <pasn9@yahoo.com>

Subject: Apakah DAP bakal menggegarkan Negeri Sembilan ?


Melihatkan prestasi DAP di Negeri Sembilan pada pilihanraya umum 2004 yang lalu sudah pasti menggusarkan Barisan Nasional Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Dato? Seri Utama Hj Mohamad Hassan. DAP telah memenangi 2 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu di Lobak dan Bahau.

Apa yang perlu diberi tumpuan ialah daripada 11 kerusi yang dipertandingkan DAP di Negeri Sembilan ini, DAP menduduki 13 tempat teratas daripada peratusan jumlah undi yang diperolehi dari kalangan parti pembangkang di Negeri Sembilan ini, jauh meninggalkan PAS dan Parti Keadilan dibelakang. Malah calon India mereka di Bukit Kepayang memperolehi sebanyak 47.37% undi.

Maka tidak hairanlah DAP tidak begitu berminat untuk menyertai Barisan Alternatif memandangkan mereka boleh berdiri sendiri dengan kukuh di Negeri Sembilan.

Yang pasti sekiranya Barisan Nasional Negeri Sembilan silap percaturan mereka pada pilihanraya akan datang, silap menyusun strategi, lebih banyak lagi kerusi akan dirampas oleh DAP daripada Barisan Nasional dengan pengundi mereka yang sedia ada dan sedikit undi simpati daripada pengundi-pengundi PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Sekiranya ini berlaku, kesemua wakil rakyat Barisan Nasional akan terasa bahang hangat setiap kali Dewan Undangan Negeri bersidang, samada mereka berada dalam parti yang memerintah atau ditakdirkan mereka akan menjadi parti yang membangkang di Negeri Sembilan ini.

Berikut ialah peratusan undi yang diperolehi DAP pada
pilihanraya umum 2004 :

1. Lobak 59.08
2. Bahau 53.07
3. Bukit Kepayang 47.37
4. Temiang 43.82
5. Mambau 42.35
6. Rahang 40.19
7. Lukut 39.89
9. Chennah 38.54
10. Port Dickson 38.19
12. Nilai 36.40
13. Repah 36.06


Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut

Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com




 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762