![]() |
|||
|
Kekuatan pengguna dan pekerja - cara menundukkan diskriminasi.
Boikot Bumiputra Commerce Bank Penindasan pekerja seharusnya di tentang. Sekiranya kita bersuara ada rakan - rakan kita yang terus di pecat kerana menjaga kepentingan golongan tertentu. Mereka terus sombong dan bongkak. Hari ini, kita alihkan pandangan kita kepada Bank lain, sehingga bank tersebut sedar bahawa kuasa sebenarnya di tangan kita. Kita lakukan sehingga bank tersebut akhirnya terpaksa akur dan bank - bank lain tidak berani melakukan sesuka hati mereka.
|
Pada penghujung tahun 2001, Bank Bumiputra Commerce yang di kenali sebagai BCB telah mengambil keputusan untuk menyumber luarkan atau memberi kontrak kepada syarikat luar atau pihak ketiga untuk menjalankan kerja - kerja perbankan yang sbelum ini dilakukan sepenuhnya oleh pekerja - pekerja BCB dengan alasan mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Mereka melantik - EPIC-1 dengan sebahagian mereka di terajui oleh Pengarah BCB sendiri - Dato Halim @ Azman Muhamat, Dato Dr Zawawi bin Ismail dan En Azmi bin Abdullah. BCB bagi memenuhi hasrat ini meminjamkan wang sebanyak 25 juta kepada syarikat EPIC - 1 Sdn Bhd yang modal berbayar sebelum ini hanya RM 2.00, memberi pinjaman tanpa feadah sebanyak 150 juta. BCB juga membayar hampir 30 juta setahun. EPIC-1 mengambil alih perkhidmatan pentadbiran,servis dan penyelenggaraan Mesin Autoteller. Mereka juga mengambilalih pemerosesan Cek Tempatan dan Luar Negeri. Di samping itu pengurusan gaji dan perubatan dan perkhidmatan berelektronik. Semua ini kerana mahu kononnya mengurangkan kos - tetapi sebenarnya mengalihkan kos kepada pengguna dan mendiskriminasi pekerja. Terus mendiskriminasi pekerja khususnya perkeranian dan bukan kerani dan mencabul hak kita dengan membenarkan syarikat lain untuk mendapatkan maklumat yang sepatutnya rahsia. Apa yang lebih dari itu www.umno-reform.com nampak bahawa perubahan kepada pasaran terbuka tenaga kerja hanya langkah untuk terus mengurangkan gaji pekerja di samping memberi peluang kepada tokoh korporat untuk terus mengaut untung yang tidak di kongsi dengan pekerja bawahan. Bagi mereka yang mahu memperjuangkan keadilan seperti cuti mengerjakan Haji bagi pengurusan adalah 30 hari sedangkan bagi kerani adalah hanya 14 hari, mendapatkan peruntukan kebajikan yang lebih dan yang paling penting adalah menentang "out source" akan akan memberi kemudharatan kepada pekerja dan pasaran tenaga DI PECAT
|
||
|
Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762
|