|
formmail.to: umnoreform
From_Email: AFY7@tm.net.my
From_Name: Ahmad Firdaus Yazid
Subjek: Request for Proposal
Pesanan: Editor umno-reform & enam(4) enam(3),
Saya amat tertarik dengan penjelasan & ulasan saudara mengenai
corak pemerintahan Pak Lah. Sememangnya era Pak Lah
sekarang ini menampakkan satu perubahan dalam sistem
demokrasi Negara dan juga penjanaan bagi memastikan sektor
pertanian dapat dikomersilakan sealiran dengan bidang yang
lain seperti sektor pembuatan.
Saudara, sekarang ini saya dapat merasakan perubahan tersebut
walaupun ianya sedikit demi sedikit. Yang pastinya (InsyaAllah)
ianya akan melihatkan hasil, cepat atau lambat
bergantunglah kepada kerjasama yang dicapai dalam barisan
kabinetnya. Cuma yang menjadi persoalan sekarang ialah
adakah barisan Kabinet yang ada sekarang ini dapat memberi
kerjasama sepenuhnya?
Saya saya dapat lihat, masing-masing ada agenda
tersendiri terutamanya barisan Kabinet terkanan. Oleh sebab
itulah saya merasakan rombakan kabinet yang dibuat lepas
tidak mencapai maklamat sebenarnya walaupun masa yang
diambil untuk rombakan adalah panjang. Pak Lah sepatutnya
lebih berani dan tidak terhalang oleh mana-mana pengaruh
untuk melaksanakan tugas-tugasnya.
Saudara, mengenai kenaikan harga minyak, bagi saya sememangnya
tidak wajar. Akan tetapi saya tahu dan faham kenapa
Kerajaan pimpinan Pak Lah menaikkan harga minyak tersebut.
Alasan yang diberi seperti kenaikan harga minyak dunia,
tanggungan subsidi kerajaan yang terlalu tinggi, untuk
pemodenan pengangkutan Awam hanyalah alasan semata-mata kerana
adanya protest dari rakyat. Bagi saya, disini Pak Lah perlu
berani menjelaskan perkara yang sebenarnya iaitu Kantung
Kewangan Negara sebenarnya tidak banyak untuk digunakan
bagi pembangunan negara terutamanya bagi memasuki RM9.
Kebanyakan wang negara termasuk peruntukan RM9 telah
digunakan oleh PM terdahulu. Untuk membuktikannya, cuba
saudara semak semula dengan EPU, Treasury dan Jabatan-Jabatan
lain berapa banyak lagi projek yang belum dilaksanakan
semasa pemerintahan PM terdahulu.
Disini saya ada Figure tersebut tetapi tidak akan
mendedahkannya.. Cukuplah saya katakan hanya 1/4 peruntukan RM9
betul-betul di bawah Perancangan di Era Pak Lah manakala 3/4
lagi adalah projek-projek yang telah diluluskan oleh PM
terdahulu dan kebanyakan projek-projek tersebut tidak memberi
manafaat kepada rakyat kebanyakan seperti sektor pertanian,
pengangkutan awam, pembangunan infrastruktur luar bandar,
bekalan air, letrik luar bandar, pendidikan dan sebagainya.
Saudara, Mengenai konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan, saya
merasakan bahawa ianya menampakkan kepincangannya dan sehingga
sekarang masih menjadi pertikaian dan sukar untuk
dijelaskan. Lebih baik Islam Hadhari yang diwar-warkan
ditukarkan kepada Masyarakat Hadhari (Hadharah Islamiyyah)
supaya ianya lebih jelas.
Kesimpulannya Pak Lah perlu berani untuk bertindak dan jika ada
kesilapan perlu berani untuk mengakuinya.
Itu sahaja untuk mukadimah pada laman ini.
Sekian, terimakasih
|