BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


Era baru pemerintahan
 

Tidak mungkin mereka keliru. Tidak mungkin ahli UMNO tidak lihat bagaimana kehadiran salah seorang penulis dalam laman ini - Sang Kelembai dengan tekad kuat menghentam setiap tindakan - hatta seperti kentut Pak Lah baru disedari busuk dari sebelumnya. Ini adalah hakikat dalam UMNO, sebelum ini ditatang - itulah dia pemimpin yang bakal mencorak era baru dalam pemerintahan Malaysia. Manusia yang amat penyabar - telus dan berwibawa. Itulah dia Pak Lah ikon "feel good" dan "Mr Nice Guy".

Lalu berkempenlah mereka untuk Pak Lah, berlumba  - lumba menunjukkan muka bahawa aku - kami dan sekelian alam semesta semenjak dari dahulu sudah melihat kewibawaan Pak Lah. Pak Lah  memang layak menjadi penerus kesinambungan kejayaan Malaysia. Dr Mahathir seorang yang bijak - bijak dalam politik dan merupakan kepimpinan yang akalnya harus diklon, disimpan dan dipakai semula, telah memilih seorang pemimpin yang bakal menguruskan Malaysia terus menuju kejayaan. Pak Lah di pilih dan selainnya termasuk Najib tertinggal, tidak dipilih oleh Dr Mahathir. Bijak sekali Dr Mahathir dalam mencaturkan penggantinya.  Ini adalah hasrat ahli UMNO dan Pak Lah yang pernah tenggelam timbul dalam UMNO adalah orang yang teruji keyakinannya terhadap perjuangan UMNO.

Namun entah mana silapnya orang - orang seperti Sang Kelembai kini hadir membelasah Pak Lah. Mengkritik tanpa hemah adalah landasan yang dipilih beliau tanpa mahu mengetahui perjalanan , perlaksanaan dan risiko dalam melakukan perubahan. Perlu kita ingat ini adalah " new maneuvering " dan  "changes will have its temporary setbacks before a fruitful results obtain". Apakah kita tidak ingat sewaktu kita bertepuk apabila diucapkan oleh Pak Lah  " hari ini beliau menyemai benih dan diharap agar ianya menjadi pokok yang menjadi tempat kita berteduh".

Perjalanan Pak Lah meniti kejayaan dalam UMNO tidak semudah yang disangkakan. Jesteru itu kalau langkah beliau membuahkan hasil sehingga beliau terpilih menjadi Presiden UMNO maka sebarang usaha untuk melabelkan beliau bodoh hanya akan menunjukkan betapa jauh lagi kebodohan kita, sehingga kita masih di takok yang sama tanpa kejayaan. Tindakan - tindakan Sang Kelembai adalah umpama mengkritik untuk membunuh dan tidak untuk mengubah. Sorakan beliau sebelum ini menyokong Pak Lah kian pudah dan kini hambar, entah mana yang tidak kena.

Pembaca sekelian,

Pindahan pentabiran dari Pak Lah ke Dr Mahathir adalah satu pemindahan yang licin tetapi bergelora. Peralihan kuasa yang nampak mudah dan tersusun itu mempunyai ranjau dan onak. UMNO adalah dalam keadaan yang cukup tercemar hasil dari gerakan reformasi tajaan Anwar Ibrahim dan kebangkitan rakyat menetang UMNO. Sungguhpun peralihan kuasa nampak mudah tetapi bebanan yang diserahkan tidak seberat peralihan kuasa dari Tun Hussein Onn kepada Dr Mahathir mahupun Tun Razak kepada Tun Hussein Onn. Banyak penyelesaian yang perlu di cari, banyak jalan yang perlu diubah, banyak kesan dan parut perlu di perbaiki dan dalam usaha inilah Pak Lah kelihatan teruji. Artikel ini akan bertindak seperti Pak Lah, tahu dalam keadaan apa di terimanya UMNO tetapi tidak berhasrat untuk memburuk - buruk yang lain. Kita harus tahu dan kita harus mengerti, perubahan yang bakal dilakukan pasti akan mengorbankan beberapa segmen masyarakat bagi menjayakan yang selainnya, khususnya mereka yang tidak pernah merasa nikmat kemodenan sebelum ini.

Beberapa senarai perkara penting harus kita lihat dari segi penyerahan kedudukan ekonomi selain dari penyerah yang kita nampak yakni penyerahan kuasa. Cuba kita selidiki perkara - perkara ini :

  • Pembinaan KLIA dengna kos melampaui puluhan million tidak termasuk penyelenggaraan harian

  • Pembinaan Putra Jaya serta kos - kos penyelenggaraannya

  • Trek Formula One

  • Multi Media Super Corridor

  • Cyber Village

Kita hanya melihat dasar ini sahaja tetapi kalau kita selami dengan lebih terperinci beberapa kos - kos yang agak tinggi di biayai dalam konteks pindahaan teknologi binaan, program komputer, teknologi multi media , robotik dan pelbagai lain seperti kejuruteraan mekanikal dan otomatif. Ini semuanya perbelanjaan yang sedang berkembang sewaktu pemerintahan Dr Mahathir. Kos - kos ini melampaui apa yang mampu kita adakan sewaktu itu dan kos - kos ini hadir dalam keadaan sosial kita berubah dari nilai murni dan kesusilaan kepada masyarakat sosial yang berpaksikan harta dan kemewahan individualistik. Akhirnya masyakarat kita terpesong dan hanya melihat kebendaan sebagai punca membeli kuasa.

Bagi melakukan perubahan "mind set" antara kita yang sebelum ini mewah dengan projek mega yang besar  - besar , angkuh dengan pemborosan kekayaan maka hari ini adalah peluang yang baik agar mereka merasakan apa yang sebenarnya hakikat dan apa yang sebenarnya mimpi. Pak Lah kini melakukan perubahan, yang menjerumus untuk kemakmuran rakyat yang lain selain dari mereka yang telah menerima habuan selama 22 tahun Tun Mahathir memerintah.

Pak Lah menukarkan haluan gerakan negara dari perlaksanaan projek - projek mega keapada projek - projek yang akan menyentuh rakyat kecil yang terpinggir di bawah sana. Konsentrasi kepada pertanian adalah satu dasar jelas yang mahu membawa atau mengalihkan kemodenan kota ke desa. Pak Lah tidak membelangkang masa seperti yang di war - warkan oleh mereka yang hari ini tanpa segan dan tanpa nilai etika menyelar Pak Lah.

Teman dalam umno-reform dan pembaca lain,

Pengalihan kemakmuran dari kota ke desa, "distributing the wealth" memerlukan sedikit kejutan yang mungkin nampak menyakitkan tetapi sebenarnya memerlukan kekuatan jati diri yang kuat untuk melaksanakannya. Bantahan pasti datang dari para peniaga dan tokoh korporat yang selama ini hidup mewah.  Mereka kini hanya boleh hidup dengan satu nilai yang tinggi melangkaui kos kehidupan mereka di luar bandar. Sekiranya di ambil secara rawak ( hanya untuk perbandingan ) kos kehidupan peniaga , tokoh - tokoh korporat mewah kota dalam sebulan, mungkin dapat dimanafaatkan oleh penduduk desa untuk beberapa tahun. 

"Shifting direction" ini memerlukan kekuatan kewangan. Kerajaan perlu melakukan perubahan ini dengan kadar segera kerana masyarakat kota kini semakin terikat dengan kehendak kemewahan yang melampau tanpa mengira bahawa "obsession" ini akan menyumbang kepada kecacatan sosial yang ada dalam masyarakat. Tindakan ini perlu dilakukan sungguhpun penerangan sempurna mengenai keadaan ini akan lebih mendatangkan mudarat dari muafakat.

Tindakan perubahan yang dilakukan oleh Pak Lah ini memerlukan kekuatan di pihak beliau. Perlaksanaan yang dibuat oleh beliau menunjukkan satu perkara : Beliau bukan pemimpin yang dikatakan tanpa "political will". Perbuatan beliau menaikan harga minyak semestinya dilihat dari apa yang cuba digambarkan tadi. Kita perlu mengasah kebijaksanaan , berbicara atas landasan - landasan kelabu , meneliti dari sudut yang lebih besar dari hanya menceritakan ketidakhadiran beliau pada mesyuarat dan temu janji dengan alasan beliau balik ke rumah untuk makan dan merasa malas untuk balik ke pejabat. Itu adalah satu perantaraan yang hanya dilihat sebagai cubaan buruk untuk memalukan dan terus mahu menjatuhkan Pak Lah dan semestinya UMNO sendiri.

Teman saya editor1@umno-reform.com

Penulisan - penulisan yang melibatkan definisi Pak Lah yang ditulis oleh saudara sebenarnya merupakan tulisan moderat yang sebenarnya perlu di lanjutkan. Ujuran nasihat dan teguran memang menarik dan memang harus di puji. Sekiranya itu bentuk penulisan maka ianya boleh diterima oleh rakyat Malaysia dan terpulanglah kepada kebijaksanaan Pak Lah untuk menilai dan mengambil ilham dalam melakukan perubahan pada diri dan pentadbirannya. Namun kritikan seperti yang di buat oleh teman editor yakni Sang Kelembai adalah agak melampau, melebihi dari teguran pembangkang, lebih pembangkang dari pembangkang.

Apa yang sebutkan tadi adalah hanya permukaan dari apa yang sebenarnya hakikat peralihan yang bakal berlaku. Kita sedar ramai antara peniaga dan tokoh korporat merintih, kesakitan dan kita mula bertindak marah dengan adanya kumpulan - kumpulan yang bakal menjatuhkan Pak Lah. Tetapi apa yang saya ingin maklumkan, mereka sewaktu berhibur dengan kekayaan yang di beri selama 22 tahun pemerintahan Mahathir tidak sedar dan lupa. Maka hari ini mereka harus beringat, kesenangan hari ini tidak akan berkekalan, kesusuhan hari ini mungkin membuahkan kesenangan kemudian. Ambil ikhtibar kepada mereka yang baru melihat hari ini bagaimana tokoh - tokoh ini mula memburukkan UMNO hanya kerana mereka tidak lagi meperolehi kesenangan seperti masa dahulu.

Saya juga ingin membuka diri saya kepada persoalan - persoalan mengenai Pak Lah dan politik semasa. editor satu telah dibekalkan dengan email saya dan sekiranya editor ini mampamerkan soalan - soalan untuk saya jawab - insyallah saya akan lakukan sebaik dan sejujur mungkin.

Berusahalah kita untuk melihat disebalik apa yang kita nampak.

         

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762