BALIK KE MUKA UTAMA

Email dari pelayar ( bukan pedapat www.umno-reform.com )


formmail.to: umnoreform

From_Email: xxxxx@yahoo.com

From_Name: masa depan BN kedah

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: Di sini saya ingin mencabar UMNO Reform untuk mendedahkan kekalutan politik yang berlaku dalam negeri Kedah. Saya juga amat mengharapkan respon dari Sdr Ghazali mengenai perkara ini. Jangan biarkan tindakkan kumpulan yang tamak kuasa menjadikan negeri Kedah terlepas kepada lawan.

MB KEDAH = MAHADZIR KHALID ??

Siapa Mahadzir Khalid ?

Tentu ramai akab berkata dia orang kepercayaan Pak Lah sebab jika tidak tentu sahaja Pak Lah tidak melantik dia menjadi setiausaha Timbalan Perdana Menteri dahulu. Setiausaha orang kepercayaan BOS. Namum kita tentu akan terkejut bila pihak lawan (pembangkang) punyai fail serta surat rungutan tentang sikap rakus Mahdzir Khalid ketika dia menjadi setiausaha Pak Lah yang ketika itu dikenali sebagai Mr.10%. Itu ketika menjadi Setiausaha Bayangkan jika dia diberikan hak mengetuai sebuah  yang sedang menuju sebagai sebuah negeri maju pada 2010.

Keadaan UMNO negeri Kedah kini.

UMNO Kedah terbahagi kepada 3 kumpulan

1. Kumpulan Dato Aziz S Fadzil (kumpulan paling besar)

2. Kumpulan Dato Azimi Daim (kumpulan muda pro Khairy)

3. Dato Mahadzir Khalid (kumpulan baru yang pasang cita cita nak jadi Kroni MB).
 

Namun sebelum ini semua kumpulan ini dapat di kawal dengan baik oleh Dato Seri Syed Razak yang mengambil sikap terbuka terhadap dengan mengenepikan kewujudan kem dan menganggap semua perlu bersatu menguatkan parti. Ini terbukti apabila beliau berjaya mengemudi BN kedah untuk mengenepikan pengaruh PAS dan Keadilan walaupun sebelum pilihanraya 2004 Kedah merupakan antara negeri tumpuan pembangkang.

Malangnya selepas jawatan Menteri Besar di pangku keadaan makin parah,  kewujudan kem semakin jelas. Bagaimana keadaan kita bakal menghadapi pilihanraya yang bakal menjelang ? Harus di ingat kini Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar penjara. Jangan lupa akan pengaruhnya, khususnya  apabila Mahkamah KL (18 Ogos 2005) memutuskan buku 50 dalil adalah  fitnah dan mengesahkan kewujudan konspirasi menjatuhkan karier politik  Anwar. Pengaruh Anwar semakin kuat. Kita harus bersatu elakkan perpecahan untuk menghadapi Anwar.

Kesihatan Dato Seri Syed Razak kini.

Sejak kembali dari Jerman, beliau telah banyak berubah. Cuma tangan dan kaki kananya agak sedikit lemah. Cuti 3 bulan yang disambung seharusnya kita memberikan sokongan moral sepenuhnya agar beliau kembali pulih  seperti sedia kala. Namum ada di kalangan kita berusaha dengan perbagai kaedah untuk beliau terus sakit.

Beliau sendiri menegaskan jika kesihatan beliau terus tidak mengizinkan beliau meneruskan khidmatnya mentadbir negeri, beliau sendiri akan mengundurkan diri dari jawatan MB Kedah. Beliau tidak gila kuasa bila sampai masa beliau pasti akan undur diri tidak perlu desak dengan cara yang memalukan. Beliau semenjak pulang dari Jerman sudah mampu memandu kereta sendiri.

Pengganti Dato Seri Syed Razak

Pertama proses penggantian ini berisiko tinggi kerana akan mengakibatkan perpecahan yang teruk dalam UMNO. Jika terpaksa diganti sekalipun eloklah tunggu sehingga pilihanraya akan datang.

Amat menarik membincangkan siapa pengganti MB Kedah.

1. Mahadzir Khalid ?

Beliau tidak layak kerana tidak bersih. Siapa yang layak ?  Banyak ADUN Kedah yang layak, walaupun tidak bersih 100 % tetapi
sekurang kurangnya tidak membebankan kita bila tiba pilihanraya nanti.  Dato Aziz S Fadzil contohnya antara calon muda yang layak dan berkebolehan.

2. Jika Mahadzir Khalid di beri peluang mengetuai BN Kedah dalam pilihanraya akan datang percayalah negeri ini akan jatuh ke tangan pembangkang kerana dia akan menjadi punca pepecahan dan fail salah lakunya terlalu banyak akan terlepas ke tangan pembangkang.

3. Belum lagi dia dipilih menjadi MB dia telah menamakan sahabat baik nya menjadi senator. Naib Ketua Bahagian Merbok Tajul Arus,. Ketika menjadi Guru Sekolah  Menengah dia pernah ditangkap basah dengan kerani sekolah tersebut dalam rumah guru dan kini perempuan itulah yang menjadi isterinya. Tajul Urus juga pernah ditugaskan di Australia dalam urusan pelajar Malaysia di sana. Pelajar pelajar Malaysia ketika itu pasti ingat bagaimana nasib mereka terabai apabila Tajul terlalu kerap menghabiskan masa di padang golf, lagaknya pada ketika itu tak ubah sebagai seorang duta negara. Orang seperti inilah yang telah dinaikkan oleh Mahadzir Khalid hanya  kerana kawan baik.


 

 

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762