BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: l663p@yahoo.com.my

From_Name: Kenaikan harga minyak

Subjek: Comment

Pesanan: Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengundi BN pada pilihanraya yang lalu. Mereka telah  menerima hadiah yang berharga diatas ketaatan mereka kepada BN iaitu  kenaikan harga minyak.Bagi saya majoriti rakyat malaysia yang menyokong  BN tak perlu merungut tentang kenaikan bahan bakar ini.Ini kerana dengan naiknya harga minyak maka pendapatan kerajaan akan bertambah.

Bila pendapatan kerajaan bertambah maka banyak projek-projek dapat dijalankanseperti buat jalanraya ,memperbesarkan longkang dan sungai khususnya di Shah Alam, Perlis, Kedah dan Kelantan khususnya di Pengkalan Pasir. Malah dengan duit yang banyak ini banyak projek-projek mega dapat dijalankan untuk kebaikan rakyat juga.Selain itu para penyokong BN juga akan
mendapat duit yang banyak bila berlaku pilihanraya nanti.

Mungkin RM500 untuk satu undi. Malah JKKK kampung yang "sangat cerdik" mungkin akan  mendapat kenaikan elaun . Para tok imam UMNO yang "tersangat alim"  mungkin akan turut dapat elaun lebih. Tak lupa juga cikgu-cikgu yang kuat UMNO yang sedang mendidik anak bangsa-mereka juga akan merasa nikmat  kenaikan harga minyak ini.Sekali lagi Syabas ,Tahniah dan PADAN MUKA  kepada semua penyokong BN dan ahli UMNO yang "cerdik"
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762