Hubungi 016-6343370 untuk mendapatkan perkhidmatan nasihat percuma mengenai HAK anda sebagai pekerja (waktu pejabat)
KLIK UNTUK PERUTUSAN PENTING editor1@umno-reform.com

Setelah beberapa kali kami cuba mendapatkan maklumbalas dari Zaharin Mohd Yassin - Setiausaha Bahagian Bandar Tun Razak, akhirnya kami menerima SMS dari beliau:

Berikut adalah SMS dari beliau : 

Dalam politik terhormat menang dan kalah sama sekali tidak penting - yang penting adalah kehormatan berpolitik itu sendiri. Dalam politik wang, kemenangan adalah segala - galanya - miskipun dengan cara tidak terhormat. Kesimpulan : Mereka yang berpolitik dengan terhormat, menang atau kalah, selalu menang. Mereka yang berpolitik wang, miski pun menang, sebenarnya adalah kecundang dalam kehormatan.

Dengan itu orang yang paling dekat dengan kita pun, ternyata tidak punya kehormatan sama sekali dalam masyarakat dengan tata nilai kerakusan, kita tidak pernah tahu siapa lawan, siapa sahabat, siapa pengkhianat, siapa baik, siapa jahat. kiriman Zaharin Mohd Yassin


www.umno-reform.com telah menjalankan bancian mengenai isu - isu berkaitan dengan keretakan UMNO Bandar Tun Razak. Kami telah menghantar kepada beberapa Ketua Cawangan untuk input - input mereka. Kami juga telah menerima beberapa makluman mengenai masalah di sana. www.umno-reform.com mengucapkan terima kasih atas sambutan ahli - ahli UMNO Bandar Tun Razak.


www.umno-reform.com  antara lain tertarik kepada 2 nama yang di siarkan iaitu Datuk Aziz Sheikh Fadzi dan Datuk Azimi Daim. www.umno-reform.com  dalam menerima email mengenai isu panas kononnya Datuk Azimi sudah memulakan langkah bagi melobi jawatan MB Kedah tersebut menerusi Pak Lah. Email itu juga mengatakan bahawa langkah melobi itu merupakan langkah yang tidak sesuai di saat MB Kedah bergelut dengan kemerosotan kesihatan. 
Email juga di terima mengenai Datuk Aziz Sheikh Fadzir dengan motif yang serupa. Tindakan itu telah menyebabkan kami di www.umno-reform.com telah menghantarkan SMS kepada Datuk Azimi Daim bertanyakan mengenai email tersebut. Klik sini untuk ulasan lanjut


Di beritakan penduduk Sg Udang tetap di label sebagai setinggan. Mereka terus berjuang untuk status mereka sebagai peneroka kota atas alasan 38 tahun berada di kawasan itu. Mereka juga telah membuat laporan mengenai penyelewengan pembahagian rumah kos rendah dan lebih menakjubkan adalah kenyataan Pegawai DBKL bahawa alasan pembinaan takungan banjir sepatutnya tidak wujud kerana ianya telah di batalkan pada April 2002 oleh Jabatan Perparitan dan Saliran. Oleh itu notis alasan arahan berpindah kerana pembinaan takungan banjir adalah salah dan tidak benar? www.umno-reform.com akan terus membongkar isu sebenar di sebalik arahan pindah dan kemungkinan kepincangan DBKL? nantikan bersama

Artikel sebelum ini:
Kampung Sungai Udang, ada yang mengatakan bahawa mereka adalah penduduk setinggan yang tidak sedar diri sebagai penumpang , miskin yang sombong dan ada pula yang mengklasifikasikan mereka sebagai peneroka kota. Berikut adalah rintihan mereka di siarkan tanpa prejudis.( kenapa DBKL tidak telus)

 


YAB Ghani Othman menjawab fitnah yang di lemparkan terhadap beliau ( klik sini). Kami amat berbesar hati kerana YAB setidak - tidaknya mendengar dan membalas SMS dari rakyat kecil dalam umno-reform.com. Ini berbeza dengan kalangan kepimpinan yang membuat tidak tahu persoalan - persoalan rakyat. Insya-ALLAH laman kami akan terus ada, menyokong yang benar dan mengkritik yang silap dan menentang yang salah - demi UMNO dan demi rakyat Malaysia.





Suara Mr Tan dari United Kingdom untuk Datuk Musa Sheikh Fadzir; saya sayangkan Malaysia

Seperti saya, saya ditolak dalam melanjut University tempatan walaupun saya mendapat keputusan yang baik dalam SPM, tapi saya dapat scholarship untuk melanjutkan pelajaran saya di UK kerana saya bekerja keras dalam kolej saya. Sekarang, saya mempunyai ilmu dan teknologi yang tinggi and hidup saya bebas dan baik di UK, saya patut berterima kasih kepada peminpin peminpin di Malaysia yang membentuk hidup yang tidak bernasib baik itu.

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

Pembangkang tolak isu penggiliran Jawatan Ketua Menteri
Tien Chua
Ketua Penerangan 
Parti Keadilan Rakyat Malaysia

Perkembangan ini dilihat langsung tidak membawa faedah terhadap perpaduan negara. Dengan membangkitkan isu ini UMNO mengakui, Ketua Menteri Pulau Pinang yang ada sekarang gagal dalam bersikap adil kepada semua kaum khususnya Melayu. Isu peminggiran Bumiputera sebenarnya berlaku di hampir semua negeri (bukan sahaja di Pulau Pinang) ekoran sistem pembahagian ekonomi yang tidak adil.

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Money Politic  Kill The Big Fish
April 18, 2005
Mejoh

Anybody dare to take the first step and do the investigation up to the prosecution level? Can someone from this committee or UMNO please answer me, Malaysian need answers, not excuses.

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

 

Isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang
AZDY

Kalau kita ingin jadikan faktor Ketua Menteri sebagai kayu ukur, saya rasa ia sama sekali tidak boleh diterima. Daripada Ketua Menteri hinggalah barisan exco,  tidak ada seorang pun di kalangan India Muslim namun golongan ini masih mampu bertahan malah semakin hari semakin maju dalam pelbagai bidang. 
 
KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


UMNO Bandar Tun Razak - Siapa berkuasa?

Isu ini bermula apabila www.umno-reform.com  menerima email berbunyi 

"Tahukah anda Zaharin yang menjadi idola org  politik Malaysia kalah teruk bertanding G7 di Bahagian Bandar Tun Razak? Mereka tidak tahu menilai antara intan dgn kaca" ( tanpa edit)

Di terima pada 16/05/2005 Masa : 1.58.41pm

Klik sini untuk membaca seterusnya


Suasa Efektif Sendirian Berhad konsesi tempat letak kereta Majlis Perbandaran Selayang mengenakan caj 33% tambahan untuk kelewatan membayar dalam 14 hari dan 66% tambahan untuk kelewatan melebihi 1 bulan

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


MPP IPTA TIDAK EFEKTIF DAN PRODUKTIF
Muhammad Hafiz bin Badarulzaman

Tiada tindakan susulan dari mahasiswa untuk mengatasi permasalahan ini. Mereka sekadar membuka mulut ketika pemberian lewat diberikan oleh PTPTN dengan niat untuk mengambil hati mahasiswa yang mengundi mereka. 

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

UMNO meludah ke langit
Pak Ali

Pembangunan Bandar Perda di Bukit Mertajam itu pula apakah pegangan orang melayu dalam hartanahnya? Datuk Musa Sheikh Fazir sendiri mungkin boleh  memberikan jawapannya kerana pembangunannya berkait rapat dengan diri beliau.

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Penggiliran Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang

Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir ketika berucap pada mesyuarat perwakilan bahagian itu, berkata permintaan penggiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang perlu ada memandangkan orang Melayu di Pulau Pinang memerlukan pembelaan sewajarnya.

Apa pandangan anda mengenai isu ini? Datuk Musa Sheikh Fadzir memaklumkan ini perlu kerana nasih rakyat Melayu Pulau Pinang perlukan pembelaan sewajarnya.

Apakah nasib rakyat Melayu yang mempunyai Menteri Besar Melayu terbela di negari - negari lain? Atau apakah nasib Melayu dengan Menteri Besar Melayu, terus ada yang melarat tanpa pembelaan.

Saya memohon pelawat untuk memberi pandangan dan komen untuk persoalan Ketua Menteri Pulau Pinan yang perlu di gilirkan. UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI



" Andai tidak ada perjuangan oleh pekerja - pekerja maka berkemungkinan kita masih bekerja 7 hari dalam seminggu dan majikan adalah tuhan kepada kita sedangkan kita adalah penyalur tenaga yang turut membantu kejayaan mereka"

Klik sini

Forum terbuka

Pendaftaran E- Grup

Permohonan Email

Borang maklum balas1

 Borang makumbalas

Arkib dan sisipan

Ghazali Mat Dom membicarakan isu Melayu. Baca tulisan beliau atau layari webblog beliau KLIK SINI

Diari blog pandangan Ghazali Mat Dom yang membicarakan pendapat dan pengalaman beliau dalam politik tanah air. Ahli UMNO selama 12 tahun terpanggil untuk membicarakan persoalan kemasyarakatan khususnya agenda Melayu.

Melayu di mana silapnya

KLIKSINI  untuk memberi komen melalui webblog atau KLIKSINI untuk hantar pesanan

Baca komen seruan agar perubahan dalam UMNO - reform UMNO segera dilaksanakan oleh Suhaimi Ghafar kliksini

 


 
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

 

 


EMAIL KIRIMAN HARI INI

formmail.to: umnoreform

From_Email: Nina Najwam

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: Isu penggiliran jawatan KM P.Pinang pada saya bukan isu besar dan tidak lebih dari isu politik perkauman semata-mata. Lihat sahaja disekeliling kita, rata-rata negeri yang dipimpim KM dan MB Melayu, orang Melayu masih tidak terbela.Pagi ini di Terengganu, yang dipimpin oleh MB Melayu, rumah-rumah peserta RTB yang dulunya diberikan oleh kerajaan PAS dirobohkan. Hanya ada satu alasan untuk isu ini - Politik. Orang Melayu di Kedah, Perlis, Perak, Selangor dan seluruh negara, yang jauh dari pemimpin politik dan yang tidak sealiran dengan kepimpinan politik yang memerintah, terus dipinggirkan. Lihat sahaja pendedahan demi pendedahan di media dan internet, orang Melayu terus terpinggir dalam negara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik dan orang politik tidak ada kepentingan keatas mereka, kecuali lima tahun sekali.Jadi, orang politik perlu cari isu lain untuk di sensasikan. Saya dah muak dan nak termuntah dengan isu-isu murahan yang di wayangkan oleh orang-orang politik. Kalau benar-benar nak jaga kepentingan orang melayu, PM tu kan Melayu, orang Pulau Pinang pulak tu, tak kan la dia tak mampu nak buat apa-apa langsung untuk melayu P.Pinang. Kalau tak mampu, bagi la jawatan tu pada orang lain.Kalau betul nak bela orang Melayu, pegi la tolong 80,000 graduan menganggur yang majoritinya Melayu, keluarga-keluarga miskin yang bertaburan di kampung-kampung yang majoritinya Melayu, pegi la tengok setinggan di Sungai Way, Kampung Medan dan Kampung Lindungan di Selangor yang MB nya Melayu, pegi la tengok keluarga-keluarga di Baling, Kedah yang MB nya Melayu. Kepada orang politik, kalau setakat nak untung politik dan nak cari nama, berhenti je la. Ramai lagi yang mampu memerin
tah dengan lebih baik!


mastergikohen@yahoo.com

Pesanan: KEMBALIKAN ANWAR IBRAHIM KE PANGKUAN UMNO.

YAB Pak Lah berikan rekomendasi kepada DYMM Seri Paduka agar Anwar Ibrahim menerima pengampunan dan kembali ke pangkuan UMNO. Jika mahu melihat Melayu punya GAH maka kita mesti bersama-sama mewar-warkan agar Anwar Ibrahim kembali dalam politik Melayu. 


formmail.to: umnoreform Subjek: Request for Proposal Pesanan: memperjaungkan nasib melayu amat baik tapikita kena guna serampangdua mata....definasi melayu di malaysia melayu mestilah orang yang bertutr dalam bahasa melayu, berugama islam dan sistem beraja.....mengikut perlembagaan malaysia melayu mestilah berugama islam....sesiapa yang berketurunan melayu tetapi bukan islam tidak boleh dikatogerikan melayu...ianya bumiputra. jadi untuk meguatkan melayu kita mesti memperkuatkan islam kerana islam kuat bermakna malyu kuat. ...fikirlah sendiri



From_Email: awgmcolt@ysnet.org.my

Pesanan: Saya sangat meragui akan perjuangan ibrahim Ali untuk program  pengampunan Anwar Ibrahim.seperti yang kita sedia maklum,Ibrahim Ali adalah seorang ahli politik yang hanya mengambil kesempatan sesudah  dirinya mahu lupus dan tidak dipakai oleh umno.sewaktu tahun 1998 dulu,dialah yg paling ke depan mengutuk Anwar,dan mengiyakan apa saja tuduhan  Mahathir ke atas Anwar.yg lebih jijik lagi dia mengiyakan cakap Mahathir yg Anwar seorang peliwat.Jadi manusia jenis apakah Ibrahim Ali ini.Inilah manusia katak dan manusia munafik.mengambil kesempatan atas apa-apa perkara yang boleh mendatangkan untung untuknya.Apabila politiknya sudah bankerap,barulah dia menjilat balik di atas segala yg telah diucapkannya pada Anwar dulu.

From Email: Mohd Di

Pesanan: Apa mereka peduli dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO. Dalam kes Bandar Tun Razak, kekuatan Ketua Bahagian yang di gantung dari segi menggunakan kewangan sudah terbukti. Saya masih menunggu berita lanjut oleh umno-reform.com. Tapi apa yang saya katakan ialah memang ada mainan wang oleh Ketua Bahagian yang di gantung Datuk Amil Salleh dalam mempengaruhi pemilihan wakil. Itu saya berani jamin. umno-reform.com di minta menyiarkan email ini dan menyiarkan mengenai laporan masalah Bandar Tun Razak 

 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

berita sebelum ini  sisipan 2 | sisipan3 | sisipan4 | sisipan 5 (februari ) | sisipan 6 ( march) | sisipan 7 |April 05 |Index Minggu 1 Mei 05
Arkib Julai 03 | Arkib Ogos | Arkib Sept | Arkib Oktober | Arkib Nov 03 | Dis 03 |Akrib Januari 04 | Arkib Febuari 04 | Arkib March 04 |
Akrib April 04|Mei 04 | Arkib Jun 04 |Arkib pemilihan 04 (1) | Arkib pemilihan 04 (2) | Arkib pemilihan 04 (3)

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com