Syed Hussin Al - Altas yang memetik kenyataan Robespierre dalam Konvensyen Nasional Perancis April 24, 1793 :- 

Di tiap negeri di mana keadaan alam menggalakkan hasil keperluan hidup asasi, kekurangan hanya dapat dipertanggungjawab pada kejahatan pentadbiran ataupun pada undang -undang itu sendiri, dan undang -undang dan pentadbiran yang buruk adalah akibat dari dasar - dasar palsu dan tabiat sosial yang buruk. 

Bagi yang tidak ada flash - AIR ADALAH HAK ASASI MANUSIA, 10 sebab kenapa penswastaan air perlu di tolak klik sini 


Mendefinisikan Pak Lah 3
Siri 2 - Peningkatan nilai dan erti pembangunan klik sini
Siri 1 - Kembali ke asal klik sini

Dan di sinilah letak kelainan kepimpinan yang mampu Pak Lah tunjukkan kepada rakyat negara ini. Perkara ini perlu di pandang dengan lebih serius. Mengenali masalah rakyat bukan boleh hadir dari sekadar membaca statistik. Statistik mampu melambangkan peningkatan indeks semasa, mampu menunjukkan bahawa Indeks Pengguna berada di tahap yang rendah dan mampu menunjukkan kadar inflasi tidak bergerak malah turun dengan kenaikan harga barang yang utama seperti kenaikan petrol dan diesel. Ini semuanya statistik yang tidak langsung melambangkan kejatuhan kualiti hidup rakyat, pengurangan pendapatan bawa balik dan peningkatan kos yang mampu menurunkan keupayaan. KLIK SINI

Untuk menghantar pendapat klik sini atau email editor1@umno-reform.com dan SMS kepada 012-6544762

 

Siapa penerima AP ( kelulusan permit mengimpot) , bukan dasar kerajaan memaklumkan nama penerima

Selagi ada dasar - kalau boleh di takrif penyembunyian nama - nama penerima AP sebagai satu dasar, maka selagi itu lah kita menyemai benih - benih rasuah dalam pentadbiran negara ini. Selagi ada ruang tertutup sebegini selagi itu apa yang kita harap - peningkatan integriti dan penghapusan atau se tidak - tidaknya pengurangan secara serius rasuah terbantut.

Apa yang kita mahu secara asas ialah semua peluang untuk melakukan rasuah di tutup. Itulah asas kita untuk memerangi gejala dan wabak rasuah. Selagi itu maka kita akan bertukar - tukar kepimpinan dan menyanyikan lagu serupa - membasmi rasuah. klik sini 




Aziz bukan calon Menteri Besar

www.umno-reform.com juga menerima beberapa email yang mengatakan bahawa fokus perbalahan yang wujud adalah antara Aziz Sheikh Fadzir dan Azimi Daim. Perbalahan atau konflik senyap ini bukan sahaja akan timbul dalam perebutan jawatan Menteri Besar tetapi dalam penyebaran pengaruh di Kedah sendiri.

Satu email mengatakan bahawa Aziz tidak akan mendapat tempat di Kedah kerana MB Kedah Dato Syed Razak lebih cenderung kepada Datuk Azimi dari Datuk Aziz di terima dari pemerhati politik Kedah. Menurut email tersebut, ini nampak jelas dengan taraf EXCO Kerajaan Negeri untuk Datuk Azimi Daim. Datuk Aziz yang merupakan Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO gagal mendapat perhatian Menteri Besar Kedah Dato Syed Razak.
KLIK SINI


UMNO - Bandar Tun Razak, membongkar hakikat

Datuk Amil Salleh di tuduh memainkan peranan dalam pemilihan tersebut di samping menggunakan kemudahan Pejabat Bahagian UMNO untuk terus aktif dalam Bahagian. Beliau di katakan menggunakan kepala surat UMNO Bahagian dan menanda tangani surat tersebut atas kapasiti Ahli Majlis Agama Wilayah Persekutuan. 

  KLIK SINI


DBKL kepentingan siapa yang di jaga?

Satu rahsia berjaya di selongkar oleh penduduk Kampung Sungai Udang, JPS sebenarnya telah membatalkan projek tersebut pada tahun 2002. Notis perpindahan mengatakan alasan perpindahan itu adalah untuk membina projek takungan banjir untuk kepentingan warga kota.Namun sebenarnya projek itu telah di batalkan oleh JPS. Seperti ada yang tidak kena dengan DBKL ini.

DBKL menjaga kepentingan siapa? Sudahlah beliau membiarkan pemaju yang membuat bancian penduduk, gagal menunjukkan senarai penerima unit rumah kos rendah, menyebelahi pemaju dan bukan peneroka kota dan akhirnya hanya tahu mahu merobohkan.

Klik sini

Siasat kesahihan pemilikan dan kelulusan operasi tapak karaoke Bandar Tun Razak
Orang BTR

Saya bukanlah orang yang terlampau taasub dengan politik dan wadah politik tetapi sekiranya benar bahawa Datuk Amil Salleh terbabit semestinya juga ada - ada pihak tertentu dalam DBKL yang terbabit sama. Ini perlu di siasat. Saya percaya antara langkah - langkah yang perlu Saudara lakukan adalah itu berhubung dengan DBKL untuk mengetahui status tanah tersebut. Siapakah yang meneroka atau apakah penerokaan itu  mendapat kelulusan DBKL. 

Makluman editor

Kami dalam proses untuk menghubungi DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR mengenai isu operasi karaoke diatas tapak haram seperti yang di dakwa. Insya ALLAH akan kami lakukan.


KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Dato Amil Salleh sedang menyanyi di karaoke lahiran beliau di LRT Station BTR.

Seorang Ahli Majlis Agama Wilayah Persekutuan membuka karaoke akan terus memburukkan imej kerajaan memerintah termasuk Majlis Agama Wilayah Persekutuan. Apabila Majlis Agama di kritik kita melenting tetapi apabila perkara - perkara semacam ini berlaku kita pejamkan mata. Bagi saya seorang Ahli Majlis Agama Islam, seorang pemimpin UMNO dalam era Pak Lah yang memperjuangkan nilai - nilai Islam dalam bentuk pentadbiran tidak se harus terlibat dalam perniagaan seperti karaoke atau meluluskan tapak untuk di adakan pusat karaoke yang mampu untuk terus mencemar nama baik UMNO.

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

 

Datuk Amil Salleh menjawab SMS www.umno-reform.com

www.umno-reform.com telah menghantar SMS kepada Datuk Amil Salleh untuk meminta komen terhadap kenyataan email Zaharin Mohd Yasin ( klik sini untuk membaca komen email Zaharin). Berikut adalah komen beliau tanpa edit:

" Zaharin itu kecewa kalah wakil 7, nak cerita panjang sangat, saya buka gerai makan bagi peluang Tim ketua Cawangan buka karaoke terbuka , satu lagu RM 1.50. U boleh datang lihat sendiri.

Apabila di tanya sama ada Zaharin di pecat atau meletak jawatan beliau menjawab,

"Zaharin kata letak jawatan, Dasar UMNO Bahagian perlantikan berkuatkuasa 1 tahun, tamat selepas selesai Mesyuarat Tahunan"


Penggantungan Dato Amil Salleh di tarik balik. Apa kata Zaharin Mohd Yasin?

www.umno-reform.com telah bertanyakan melalui SMS komen Zaharin atas penarikan balik pengantungan terhadap Dato Amil Salleh? Berikut adalah balasan SMS beliau kepada kami. 

" Dato Amil Salleh di bebaskan bukan bereti dia menang dan dapat semua sementara 17 Ketua Cawangan yang membuat aduan bukan bererti mereka hilang dalam perjuangan. Kami masih mempunyai kepercayaan dan keyakinan pada Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin UMNO untuk membuat keputusan bijak. Kita tidak akan bertindak melakukan perkara - perkara yang akan merugikan parti. Kebenaran akan datang dan kita perlu mencari keadilan selaras dengan Fasa dan peraturan dalam Perlembagaan UMNO" SMS di terima.


Zaharin menolak kenyataan www.umno-reform.com bahawa dia terlibat dalam penerokaan tanah kerajaan untuk dijadikan karaoke rakyat

Zaharin Mohd Yassin yang telah menghilangkan diri kembali mengeluarkan kenyataan: Berikut adalah komen beliau mengenai pembinaan karaoke rakyat atas kapisiti peribadi. 

Baca seterusnya KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

 

Forum terbuka

Pendaftaran E- Grup

Permohonan Email

Borang maklum balas1

 Borang makumbalas

Arkib dan sisipan

Ghazali Mat Dom membicarakan isu Melayu. Baca tulisan beliau atau layari webblog beliau KLIK SINI

Diari blog pandangan Ghazali Mat Dom yang membicarakan pendapat dan pengalaman beliau dalam politik tanah air. Ahli UMNO selama 12 tahun terpanggil untuk membicarakan persoalan kemasyarakatan khususnya agenda Melayu.

Melayu di mana silapnya

KLIKSINI  untuk memberi komen melalui webblog atau KLIKSINI untuk hantar pesanan

Baca komen seruan agar perubahan dalam UMNO - reform UMNO segera dilaksanakan oleh Suhaimi Ghafar kliksini

 


 
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

 

 


EMAIL KIRIMAN HARI INI

From_Email: Cerpenis@hotmail.com

From_Name: Dr. Zizano 

Pesanan: 
Sepatutnya rakyat jajahan Umno Bahagian Bandar Tun Razak, bergegas ke balai polis atau ke kaunter BPR report tentang kewujudan pusat karaoke di LRT itu, jika yakin pusat karaoke itu muncul dengan desakan dan salah laku pemimpin Umno Bhgn di situ. Memang masih ramai pemimpin UMno yang papa dengan ideologi Islam Hadhari, sebab itulah tingkah laku mereka bertembung dengan arus ideologi Pak Lah. Jika diselak semula pendidikan pemimpin yang sebegini, kita tidak terbeliak biji mata melihat perangai mereka (yang menjadi ahli Majlis Agama tetapi berkaraoke) kerana pemimpin ini dulu hanya seorang parking  atendan yang berjaya menyalin bulu menjadi pemimpin dengan cara bodek dan bedek. Sudah tiba masanya kita semua berada di penghujung garisan, marilah kita rentap songkok yang dipakai oleh pemimpin-pemimpin jenis ini dan longgokkan mereka di muka Pak Lah atau pemimpin atasan.


formmail.to: umnoreform

From_Email: umno-reform@umno-reform.com

From_Name: shaifah

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: akum......saya rasa saudara telah membuat kesalahan...bukan apa Ezam tidak hadir konvensyen keADILan adalah kerana bersama rombongan menghantar adiknya berkahwin di Kelantan. Itu yang sahihnya tiada istilah boikot atau pulau oleh Sdr Ezam kerana sepanjang konvensyen kelihatan orang - orang kuatnya seperti SD Johari, Shamsul Iskandar, Cikgu Badrul dan ramai lagi Angkatan Muda, kalau Ezam pulaukan tentu orang-orang kuat Ezam ini tidak kelihatan.......diharap saudara tidak  merapu

sharifah
Pemimpin keADILan peringkat Bahagian
(peminat U.Reform)


formmail.to: umnoreform

From_Email: Rodziah

Di Terengganu isu ini sedang bergolak.. dua org EXCO dua kali kejadian berturut-turut. Sebelum ini ADUN dikatakan ada hubungan sulit dengan pekerja hotel.. kemudian disusuli pula dengan kisah pengangkapan EXCO semasa perkampungan Hadhari di Muzium Losong dua bulan lepas.. EXCo tersebut berdua-duaan dengan salah seorang selebriti TV3 di Hotel Grand Continental. Tuan Haji EXCO tersebut dikatakan dimarahi teruk oleh MB.. tut tut tut.. kawan rapat beliau pulak kena tangkap khalwat di Hotel Primula.. EXCO muda itu dikatakan berkhalwat ketika pihak JHEAT menjalankan operasi.. MB Tok Yeh sekali lagi mengamuk dan dikatakan mengarahkan supaya kedua2 kes ini ditutup.

Bagi saya.. seeloknya pihak MB buatlah kenyataan rasmi untuk menjelaskan keadaan tersebut atau kalau berdiam diri bermaksud memang benda ini betul2 terjadi.. dan kalau betul2222 terjadi.. buang lah pengkhianat bangsa itu.. saya rasa jijik dengan kejadian seperti ini berlaku dalam kabinet Islam Hadhari.. sungguh tidak bermaruah.. dan memang haprakk!!!! 


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

berita sebelum ini  
Index Minggu 1 Mei 05 | Index Minggu 4 Mei 05 | Index Minggu 1 Jun 05 | Index Minggu 2 Jun 05

sisipan 2 | sisipan3 | sisipan4 | sisipan 5 (februari ) | sisipan 6 ( march) | sisipan 7 |April 05 |
Arkib Julai 03 | Arkib Ogos | Arkib Sept | Arkib Oktober | Arkib Nov 03 | Dis 03 |Akrib Januari 04 | Arkib Febuari 04 | Arkib March 04 |
Akrib April 04|Mei 04 | Arkib Jun 04 |Arkib pemilihan 04 (1) | Arkib pemilihan 04 (2) | Arkib pemilihan 04 (3)

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com