Hubungi 016-6343370 untuk mendapatkan perkhidmatan nasihat percuma mengenai HAK anda sebagai pekerja (waktu pejabat)
KLIK UNTUK PERUTUSAN PENTING editor1@umno-reform.com

Penggantungan Dato Amil Salleh di tarik balik. Apa kata Zaharin Mohd Salleh?

www.umno-reform.com telah bertanyakan melalui SMS komen Zaharin atas penarikan balik pengantungan terhadap Dato Amil Salleh? Berikut adalah balasan SMS beliau kepada kami. 

" Dato Amil Salleh di bebaskan bukan bereti dia menang dan dapat semua sementara 17 Ketua Cawangan yang membuat aduan bukan bererti mereka hilang dalam perjuangan. Kami masih mempunyai kepercayaan dan keyakinan pada Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin UMNO untuk membuat keputusan bijak. Kita tidak akan bertindak melakukan perkara - perkara yang akan merugikan parti. Kebenaran akan datang dan kita perlu mencari keadilan selaras dengan Fasa dan peraturan dalam Perlembagaan UMNO" SMS di terima.

Musuh UMNO adalah UMNO

Pengamalan kepimpinan borong ini sebenarnya di terima oleh ahli - ahli yang menagih tempat dalam UMNO. Mereka melakukan apa sahaja, bayar dan keluar duit puluhan ribu untuk tempat. Ini adalah kerana dengan tempat tersebut maka puluhan juta mampu di bentuk. Amalan inilah yang menjadi intipati pemilihan dalam UMNO dan amalan ini lah yang perlu di tangani. Kita tidak perlu menjerit, menangis dan melolong mahukan peningkatan integriti kerana keruntuhan integriti bercambah dalam UMNO, dalam pemilihan UMNO dan wang. Dengan itu jugalah bagi saya musuh utama UMNO adalah UMNO sendiri, mereka yang naik kerana wang dan kekal ada kerana wang. KLIK SINI 

 

 

Parti Keadilan Rakyat bergolak lagi - Ezam Mohd Nor boikot konvokesyen

Pihak kami di maklumkan bahawa PKR sedang menghadapi krisis paling besar sejak pembebasan Anwar Ibrahim. Krisis itu bukan sekadar krisis perebutan jawatan tetapi melangkah jauh melibatkan pertubuhan informal mereka - golongan reformasi yang terlibat secara langsung memperjuangkan agenda reformasi.

Di beritakan Parti Keadilan Rakyat kini mengenepikan pejuang - pejuang reformasi yang suatu ketika dahulu dikatakan hebat menjadi pemangkin perjuangan rakyat. 

Kami di maklumkan oleh salah seorang pejuang reformasi ( tanpa edit ) : Perjuangan Parti Keadilan Rakyat sekarang adalah untuk mereka yang mampu membeli tempat di sisi Anwar Ibrahim. Apa tidaknya jamuan sekarang bernilai beribu - ribu ringgit yang hanya mampu di beli oleh orang berada tapi bila ianya untuk golongan reformasi - sesi minum bersama Anwar Ibrahim di batalkan sedangkan program Black 14 di Kelab Century KONONNYA adalah untuk meraikan mereka yang pernah di tahan atau menjadi OKT. 

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


 

Untuk menghantar pendapat klik sini atau email editor1@umno-reform.com dan SMS kepada 012-6544762

 

Rafidah Aziz - Kenyataan yang agak melucukan : Utusan Malaysia 1-6-2005

Bukan dasar kerajaan mengumumkan nama pemegang AP, beliau menjawab kenyataan Tun Mahathir dan di akhir kenyataan beliau Anak mahathir pun dapat AP untuk import Porshe. Betul lah Rafidah tak umum nama tapi berapa kerat anak Mahathir yang ada? 


Seperti yang di jangka - banyak email dan SMS di terima mengenai artikel kami bertajuk Ezam boikot konvensyen ? Akan kami paparkan malam ini di www.umno-reform.com 


Aziz bukan calon Menteri Besar

www.umno-reform.com juga menerima beberapa email yang mengatakan bahawa fokus perbalahan yang wujud adalah antara Aziz Sheikh Fadzir dan Azimi Daim. Perbalahan atau konflik senyap ini bukan sahaja akan timbul dalam perebutan jawatan Menteri Besar tetapi dalam penyebaran pengaruh di Kedah sendiri.

Satu email mengatakan bahawa Aziz tidak akan mendapat tempat di Kedah kerana MB Kedah Dato Syed Razak lebih cenderung kepada Datuk Azimi dari Datuk Aziz di terima dari pemerhati politik Kedah. Menurut email tersebut, ini nampak jelas dengan taraf EXCO Kerajaan Negeri untuk Datuk Azimi Daim. Datuk Aziz yang merupakan Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO gagal mendapat perhatian Menteri Besar Kedah Dato Syed Razak.
KLIK SINI




UMNO - Bandar Tun Razak, membongkar hakikat

Datuk Amil Salleh di tuduh memainkan peranan dalam pemilihan tersebut di samping menggunakan kemudahan Pejabat Bahagian UMNO untuk terus aktif dalam Bahagian. Beliau di katakan menggunakan kepala surat UMNO Bahagian dan menanda tangani surat tersebut atas kapasiti Ahli Majlis Agama Wilayah Persekutuan. 

  KLIK SINI


DBKL kepentingan siapa yang di jaga?

Satu rahsia berjaya di selongkar oleh penduduk Kampung Sungai Udang, JPS sebenarnya telah membatalkan projek tersebut pada tahun 2002. Notis perpindahan mengatakan alasan perpindahan itu adalah untuk membina projek takungan banjir untuk kepentingan warga kota.Namun sebenarnya projek itu telah di batalkan oleh JPS. Seperti ada yang tidak kena dengan DBKL ini.

DBKL menjaga kepentingan siapa? Sudahlah beliau membiarkan pemaju yang membuat bancian penduduk, gagal menunjukkan senarai penerima unit rumah kos rendah, menyebelahi pemaju dan bukan peneroka kota dan akhirnya hanya tahu mahu merobohkan.

Ingat penduduk adalah peneroka kota - berbangsa Melayu. Mereka memohon sejak tahun 1998 dan sehingga pembongkaran kes ini semua terdiam. Sewaktu Datuk Shahril Samad menjadi Menteri Wilayah Persekutuan - beliau pernah menjanjikan lot - lota untuk penduduk yang di klasifikasikan sebagai peneroka kota. 

Sehingga kini ada satu hipotesis yang telah di terima oleh kami, antara lain melibatkan Yb dari Gerakan yang mendiskriminasi Melayu di kawasan itu. Akan wwww.umno-reform.com bongkar dan kemudiannya akan menyeru kepada Datuk Musa Sheikh Fadzir - jangan diam

Klik sini


Siapa ganti Syed Razak?
Dalam menerima email mengenai isu panas kononnya Datuk Azimi sudah memulakan langkah bagi melobi jawatan MB Kedah tersebut menerusi Pak Lah. Email itu juga mengatakan bahawa langkah melobi itu merupakan langkah yang tidak sesuai di saat MB Kedah bergelut dengan kemerosotan kesihatan. 
Email juga di terima mengenai Datuk Aziz Sheikh Fadzir dengan motif yang serupa. Tindakan itu telah menyebabkan kami di www.umno-reform.com telah menghantarkan SMS kepada Datuk Azimi Daim bertanyakan mengenai email tersebut. Klik sini untuk ulasan lanjut

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Dato Amil Salleh sedang menyanyi di karaoke lahiran beliau di LRT Station BTR.

Seorang Ahli Majlis Agama Wilayah Persekutuan membuka karaoke akan terus memburukkan imej kerajaan memerintah termasuk Majlis Agama Wilayah Persekutuan. Apabila Majlis Agama di kritik kita melenting tetapi apabila perkara - perkara semacam ini berlaku kita pejamkan mata. Bagi saya seorang Ahli Majlis Agama Islam, seorang pemimpin UMNO dalam era Pak Lah yang memperjuangkan nilai - nilai Islam dalam bentuk pentadbiran tidak se harus terlibat dalam perniagaan seperti karaoke atau meluluskan tapak untuk di adakan pusat karaoke yang mampu untuk terus mencemar nama baik UMNO.

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Ibrahim Mohd Ali

Saya mendapat maklumat bahawa kes-kes rayuan penggantungan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Panel Rayuan telah pun diserahkan kepada MT untuk membuat keputusan sekali gus mengumumkan keputusannya dalam masa terdekat ini. Ramalan tanggal 1 Jun ini keputusan akan diumumkan. 8 pimpinan UMNO Bahagian Jelutong akan dibebaskan dari penggantungan  tersebut. ( Benarkah apa yang di katakan oleh email ini)


YAB Ghani Othman menjawab fitnah yang di lemparkan terhadap beliau 
(kliksini). Kami amat berbesar hati kerana YAB setidak - tidaknya mendengar dan membalas SMS dari rakyat kecil dalam umno-reform.com. Ini berbeza dengan kalangan kepimpinan yang membuat tidak tahu persoalan - persoalan rakyat. Insya-ALLAH laman kami akan terus ada, menyokong yang benar dan mengkritik yang silap dan menentang yang salah - demi UMNO dan demi rakyat Malaysia.


Isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang
AZDY

Kalau kita ingin jadikan faktor Ketua Menteri sebagai kayu ukur, saya rasa ia sama sekali tidak boleh diterima. Daripada Ketua Menteri hinggalah barisan exco,  tidak ada seorang pun di kalangan India Muslim namun golongan ini masih mampu bertahan malah semakin hari semakin maju dalam pelbagai bidang. 
 
KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


 

UMNO Bandar Tun Razak - Siapa berkuasa?

Isu ini bermula apabila www.umno-reform.com  menerima email berbunyi 

"Tahukah anda Zaharin yang menjadi idola org  politik Malaysia kalah teruk bertanding G7 di Bahagian Bandar Tun Razak? Mereka tidak tahu menilai antara intan dgn kaca" ( tanpa edit)

SMS ini diterima oleh saya pada 16/05/2005 Masa : 1.58.41pm

Saya telah mengambil keputusan untuk menyiasat isu ini untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.


Klik sini untuk membaca seterusnya

Benarkah Syed Razak sudah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah? 

www.umno-reform.com dimaklumkan melalui email bahawa Dato Syed Razak Syed Zain Menteri Besar Kedah sudah bersedia untuk melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah. Berita itu memaklumkan bahawa hasrat ini sudah di maklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia. www.umno-reform.com belum lagi mendapat sebarang maklumbalas dari Menteri Besar tersebut mahupun Setiausaha beliau - SMS telah di hantar kepada mereka.

Berita terbaru 12.36 mlm - kami baru sahaja mendapat panggilan dari Setiausaha Dato Syed Razak sendiri dan memaklumkan bahawa YB Dato sudah pulih dan tidak timbul sebarang isu perletakkan jawatan dan sebagainya. Ini termasuk tidak timbul sebarang isu mengenai perebutan siapa mahu mengganti beliau. Sungguhpun beliau masih bercuti namun urusan pentadbiran berjalan lancar dan tidak terganggu. Insyallah - MB Kedah akan kembali bertugas dalam masa terdekat


Zaharin Mohd Yassin bersuara melalui SMS

Setelah beberapa kali kami cuba mendapatkan maklumbalas dari Zaharin Mohd Yassin - Setiausaha Bahagian Bandar Tun Razak, akhirnya kami menerima SMS dari beliau:

Berikut adalah SMS dari beliau : 

Dalam politik terhormat menang dan kalah sama sekali tidak penting - yang penting adalah kehormatan berpolitik itu sendiri. Dalam politik wang, kemenangan adalah segala - galanya - miskipun dengan cara tidak terhormat. Kesimpulan : Mereka yang berpolitik dengan terhormat, menang atau kalah, selalu menang. Mereka yang berpolitik wang, miski pun menang, sebenarnya adalah kecundang dalam kehormatan. Dengan itu orang yang paling dekat dengan kita pun, ternyata tidak punya kehormatan sama sekali dalam masyarakat dengan tata nilai kerakusan, kita tidak pernah tahu siapa lawan, siapa sahabat, siapa pengkhianat, siapa baik, siapa jahat. kiriman Zaharin Mohd Yassin

Forum terbuka

Pendaftaran E- Grup

Permohonan Email

Borang maklum balas1

 Borang makumbalas

Arkib dan sisipan

Ghazali Mat Dom membicarakan isu Melayu. Baca tulisan beliau atau layari webblog beliau KLIK SINI

Diari blog pandangan Ghazali Mat Dom yang membicarakan pendapat dan pengalaman beliau dalam politik tanah air. Ahli UMNO selama 12 tahun terpanggil untuk membicarakan persoalan kemasyarakatan khususnya agenda Melayu.

Melayu di mana silapnya

KLIKSINI  untuk memberi komen melalui webblog atau KLIKSINI untuk hantar pesanan

Baca komen seruan agar perubahan dalam UMNO - reform UMNO segera dilaksanakan oleh Suhaimi Ghafar kliksini

 


 
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

 

 


EMAIL KIRIMAN HARI INI

formmail.to: umnoreform

From_Email: Rodziah

Di Terengganu isu ini sedang bergolak.. dua org EXCO dua kali kejadian berturut-turut. Sebelum ini ADUN dikatakan ada hubungan sulit dengan pekerja hotel.. kemudian disusuli pula dengan kisah pengangkapan EXCO semasa perkampungan Hadhari di Muzium Losong dua bulan lepas.. EXCo tersebut berdua-duaan dengan salah seorang selebriti TV3 di Hotel Grand Continental. Tuan Haji EXCO tersebut dikatakan dimarahi teruk oleh MB.. tut tut tut.. kawan rapat beliau pulak kena tangkap khalwat di Hotel Primula.. EXCO muda itu dikatakan berkhalwat ketika pihak JHEAT menjalankan operasi.. MB Tok Yeh sekali lagi mengamuk dan dikatakan mengarahkan supaya kedua2 kes ini ditutup.

Bagi saya.. seeloknya pihak MB buatlah kenyataan rasmi untuk menjelaskan keadaan tersebut atau kalau berdiam diri bermaksud memang benda ini betul2 terjadi.. dan kalau betul2222 terjadi.. buang lah pengkhianat bangsa itu.. saya rasa jijik dengan kejadian seperti ini berlaku dalam kabinet Islam Hadhari.. sungguh tidak bermaruah.. dan memang haprakk!!!! 


formmail.to: umnoreform

From_Email: Nina Najwam

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: Isu penggiliran jawatan KM P.Pinang pada saya bukan isu besar dan tidak lebih dari isu politik perkauman semata-mata. Lihat sahaja disekeliling kita, rata-rata negeri yang dipimpim KM dan MB Melayu, orang Melayu masih tidak terbela.Pagi ini di Terengganu, yang dipimpin oleh MB Melayu, rumah-rumah peserta RTB yang dulunya diberikan oleh kerajaan PAS dirobohkan. Hanya ada satu alasan untuk isu ini - Politik. Orang Melayu di Kedah, Perlis, Perak, Selangor dan seluruh negara, yang jauh dari pemimpin politik dan yang tidak sealiran dengan kepimpinan politik yang memerintah, terus dipinggirkan. Lihat sahaja pendedahan demi pendedahan di media dan internet, orang Melayu terus terpinggir dalam negara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik dan orang politik tidak ada kepentingan keatas mereka, kecuali lima tahun sekali.Jadi, orang politik perlu cari isu lain untuk di sensasikan. Saya dah muak dan nak termuntah dengan isu-isu murahan yang di wayangkan oleh orang-orang politik. Kalau benar-benar nak jaga kepentingan orang melayu, PM tu kan Melayu, orang Pulau Pinang pulak tu, tak kan la dia tak mampu nak buat apa-apa langsung untuk melayu P.Pinang. Kalau tak mampu, bagi la jawatan tu pada orang lain.Kalau betul nak bela orang Melayu, pegi la tolong 80,000 graduan menganggur yang majoritinya Melayu, keluarga-keluarga miskin yang bertaburan di kampung-kampung yang majoritinya Melayu, pegi la tengok setinggan di Sungai Way, Kampung Medan dan Kampung Lindungan di Selangor yang MB nya Melayu, pegi la tengok keluarga-keluarga di Baling, Kedah yang MB nya Melayu. Kepada orang politik, kalau setakat nak untung politik dan nak cari nama, berhenti je la. Ramai lagi yang mampu memerin
tah dengan lebih baik!


mastergikohen@yahoo.com

Pesanan: KEMBALIKAN ANWAR IBRAHIM KE PANGKUAN UMNO.

YAB Pak Lah berikan rekomendasi kepada DYMM Seri Paduka agar Anwar Ibrahim menerima pengampunan dan kembali ke pangkuan UMNO. Jika mahu melihat Melayu punya GAH maka kita mesti bersama-sama mewar-warkan agar Anwar Ibrahim kembali dalam politik Melayu. 


formmail.to: umnoreform Subjek: Request for Proposal Pesanan: memperjaungkan nasib melayu amat baik tapikita kena guna serampangdua mata....definasi melayu di malaysia melayu mestilah orang yang bertutr dalam bahasa melayu, berugama islam dan sistem beraja.....mengikut perlembagaan malaysia melayu mestilah berugama islam....sesiapa yang berketurunan melayu tetapi bukan islam tidak boleh dikatogerikan melayu...ianya bumiputra. jadi untuk meguatkan melayu kita mesti memperkuatkan islam kerana islam kuat bermakna malyu kuat. ...fikirlah sendiri



From_Email: awgmcolt@ysnet.org.my

Pesanan: Saya sangat meragui akan perjuangan ibrahim Ali untuk program  pengampunan Anwar Ibrahim.seperti yang kita sedia maklum,Ibrahim Ali adalah seorang ahli politik yang hanya mengambil kesempatan sesudah  dirinya mahu lupus dan tidak dipakai oleh umno.sewaktu tahun 1998 dulu,dialah yg paling ke depan mengutuk Anwar,dan mengiyakan apa saja tuduhan  Mahathir ke atas Anwar.yg lebih jijik lagi dia mengiyakan cakap Mahathir yg Anwar seorang peliwat.Jadi manusia jenis apakah Ibrahim Ali ini.Inilah manusia katak dan manusia munafik.mengambil kesempatan atas apa-apa perkara yang boleh mendatangkan untung untuknya.Apabila politiknya sudah bankerap,barulah dia menjilat balik di atas segala yg telah diucapkannya pada Anwar dulu.

From Email: Mohd Di

Pesanan: Apa mereka peduli dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO. Dalam kes Bandar Tun Razak, kekuatan Ketua Bahagian yang di gantung dari segi menggunakan kewangan sudah terbukti. Saya masih menunggu berita lanjut oleh umno-reform.com. Tapi apa yang saya katakan ialah memang ada mainan wang oleh Ketua Bahagian yang di gantung Datuk Amil Salleh dalam mempengaruhi pemilihan wakil. Itu saya berani jamin. umno-reform.com di minta menyiarkan email ini dan menyiarkan mengenai laporan masalah Bandar Tun Razak 

 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

berita sebelum ini  
Index Minggu 1 Mei 05 | Index Minggu 4 Mei 05 

sisipan 2 | sisipan3 | sisipan4 | sisipan 5 (februari ) | sisipan 6 ( march) | sisipan 7 |April 05 |
Arkib Julai 03 | Arkib Ogos | Arkib Sept | Arkib Oktober | Arkib Nov 03 | Dis 03 |Akrib Januari 04 | Arkib Febuari 04 | Arkib March 04 |
Akrib April 04|Mei 04 | Arkib Jun 04 |Arkib pemilihan 04 (1) | Arkib pemilihan 04 (2) | Arkib pemilihan 04 (3)

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com