untuk SMS : 012-6544762

 

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas 2 | Permohonan Email | blog arahkita |  19/10/2007 Sang Kelembai 

 
 

Khairy dapat pelindungan dari Pak Lah klik sini | Gambaran baik politik Melayu klik sini

 

Perhimpunan 10hb November 2007 -  apa komen www.umno-reform.com  

Mereka mahu menyampaikan memorandum kepada Yang di Pertuan Agung. Mereka mahu menunjukkan bahawa mereka ada sokongan dan mereka mahu berhimpun untuk tujuan itu. Tindakan itu sudah mula menimbulkan reaksi berbeza-beza. Kerajaan memulakan propaganda bahawa demonstrasi akhirnya akan menimbulkan kekacauan dan polis akan bertindak sekiranya perhimpunan diteruskan. Ada yang lebih ekstrem dengan melabel mereka beruk dan ini agak ekstrem dari seorang yang mempunyai kedudukan “perlindungan” dari Perdana Menteri Malaysia.  Bagi pembangkang memohon permit adalah sesuatu yang sukar – bukan sukar untuk memohon tetapi sukar untuk mendapatkan permit itu. Bagi mereka  polis tidak akan memberikan mereka permit tetapi tidak tahulah dalam era pentadbiran Pak Lah itu boleh dipertimbangkan. Namun dengan kenyataan Khairy bahawa dia mahu perhimpunan itu dibatalkan maka perhimpunan itu mungkin akan dibatalkan secara baik atau sebaliknya.

Bagi yang pernah tersentuh dengan aktiviti pembangkang maka mereka akan tahu, proses permohonan permit memang amat sukar khususnya yang memohon adalah pembangkang atau organisasi yang berkaitan dengan pembangkang. Ini memang hakikat dan ini sebenarnya yang terjadi. Oleh sebab itulah perhimpunan yang boleh mendapatkan permit adalah perhimpunan yang menyokong kerajaan. 

Sebenarnya, selagi polis ada menjaga ketenteraman awam maka tidak ada salah sekiranya mereka mahu berhimpun juga. Polis sepatutnya boleh memberi permit asalkan perhimpunan gergasi itu tidak dilakukan terlampau kerap sehingga menyulitkan keadaan. Kita juga pernah berhimpun dan perhimpunan sewaktu membantah Suqiu oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Aziz Sheikh Fadzir di Stadium Merdeka adalah lebih merunsingkan dari apa yang akan dilakukan oleh mereka pada 10hb November 2007 akan datang. Mungkin, kita tidak mahu orang melihat sokongan pembangkang yang semakin membengkak kerana ada kepimpinan kita dalam UMNO  tidak terbuka minda mereka. Namun pekong tidak mahu disimpan lama. Kita mahu kita terus relevan maka kita perlu bertindak relevan. Kita mahu generasi baru menerima kita, maka kita tunjukkan bahawa kita tidak berselindung di sebalik topi polis untuk menentukan sesuatu. Kita kuatkan usaha dan kita biarkan kita dipilih sebagai hasrat rakyat dengan adil dan saksama. Mereka mahu berhimpun, biarkan asal polis dapat menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan, kerana polis itu juga adalah polis yang berkhidmat untuk rakyat dan mereka juga adalah rakyat. Jangan jadi Zainuddin Maidin - hilang akal bila berdepan dengan www.malaysiakini.com sedangkan ada kepimpinan yang tidak gentar dengan www.malaysiakini.com .

 

 

Laporan dari Malaysiakini - Ahli UMNO buat laporan polis mengenai konspirasi halang Tun Dr Mahathir menjadi wakil Kubang Pasu

Johari Ismail membuat laporan polis dan malaysiakini melaporkan seperti berikut, " Johari Ismail, 49, an exco member of an Umno division in Johor, today lodged a police report against the party over an alleged high-level plan to bar former party president Dr Mahathir Mohamad from attending last year’s annual meeting as a delegate of his Kubang Pasu division.

Johari said in his report that Umno supreme council - the party’s highest decision-making body - had on Sept 28, 2006 expunged three pages of the minutes held at its previous meeting the month before which had recorded a discussion on ways to stop the former prime minister from being a delegate.

He claimed that the minutes - which had contained detailed instructions to bar Mahathir from the assembly - were expunged on party president and Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s orders."

Sekiranya ini benar, maka pentadbiran Pak Lah kini berdepan dengan satu pertuduhan yang mampu mencalar pentadbiran beliau.

 

Demonstrasi juga adalah budaya UMNO - dalam menegakkan kebenaran

Sesuatu yang menarik adalah ungkapan dalam laman web yang mengatakan bahawa demonstrasi adalah budaya Malaysia. Benar juga kenyataan tersebut malah Demonstrasi juga adalah budaya UMNO. Antara yang ternampak adalah seperti "Raja Itu Rakyat"  Baca artikel tersebut klik sini

 

Menjawab akhirnya
Anuar Mohd Nor

Telah saya tetapkan bahawa tidak ada insentif dan pembelian dengan wang baik laman www.umno-reform.com dan www.arahkita.blogspot.com. Tuduhan pemberian RM 200,000.00 adalah fitnah www.antikhairy.blogspot.com  untuk alasan dan kepentingan mereka sendiri yang saya juga tidak tahu apa. Sungguhpun begitu saya telah diterima dan diberi peluang untuk menerajui satu Institut yakni Institut Kajian Asas Kemasyarakatan yang pengkhususan adalah untuk memenuhi apa yang dikatakan penyakit yang amat kritikal oleh Dato Norza Zakaria iaitu “ Kemiskinan Minda – khususnya kalangan orang Melayu.

Untuk verifikasi, Roslan SMS pernah dalam tulisan “ Anuar yang saya kenali” mengatakan mengenai konsistensi saya dalam membicarakan isu Melayu. Memang benar pengkhususan saya adalah dalam isu – isu Melayu dan agak konsisten dalam mengkritik baik UMNO mahupun sesiapa yang bagi saya sanggup menyerahkan hak bangsa atas kepentingan politik individu sahaja. Benar saya yang pada awalnya menganjurkan perubahan dalam UMNO dan menubuhkan www.umno-reform.com. Tujuannya adalah untuk menjadi ia satu laman yang membicarakan keperluan perubahan dalam UMNO khusus demi kepentingan orang Melayu. Sungguhpun begitu mengunjurkan reformasi atau perubahan dalam UMNO dianggap mustahil bagi mereka yang hanya memandang dari sudut politik sahaja. Ini adalah komen mereka kepada saya sewaktu memulakan www.umno-reform.com hampir 6 tahun sudah.

Sebenarnya semua bermula di kedai kopi di Bukit Antara Bangsa apabila saya melihat seorang yang belum pernah saya berkomunikasi secara terbuka sebelum ini, duduk minum teh tarik di sana. Itulah permulaan saya berbicara dengan Dato Norza Zakaria, Setiausaha Politik yang datang  minum bersama saya di bawah pokok tersebut.

Perbicaraan adalah mengenai keperluan perubahan pada Melayu itu sendiri agar politik, ekonomi dan sosial orang Melayu dapat bergerak sealiran dengan kemodenan yang ada di Malaysia ini. Ini bukan soal politik semata-mata, ini soal “survival” Melayu. Kalau orang Melayu masih berada dalam keadaan yang tidak “composed”, kata Setiausaha Politik kepada MK2 itu, politik akan turut terumbang ambing dan UMNO tidak akan berubah menuruti masa dan keadaan. Ini saya lihat diulangi oleh beliau dalam Berita Harian 03/11/2007 baru-baru ini, mengenai UMNO perlu menangani perkembangan semasa untuk terus relevan.

Perbincangan ini amat menarik mengenai keperluan minda orang Melayu di asah dan diisi bukan sahaja dengan ilmu malah kepekaan tanggungjawab untuk kepentingan bangsa dan Institut Kajian Asas Kemasyarakatan digunakan sebagai memenuhi bukan sahaja asas keperluan masyarakat Melayu malah keperluan masyarakat tanpa mengira kaum. Ini bukan pengkhususan pada politik semata-mata atau isu kepartian atau isu sokongan membabi buta tetapi ini adalah langkah realiti untuk menangani kemelut orang Melayu. Ini isu prioriti memajukan dan menyedarkan bangsa dan ini menarik perhatian saya terhadap isu yang dibawa oleh Dato Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berbincang secara terbuka mengenai isu ini.  Sungguhpun ini adalah pembicaraan yang turut melibatkan perjuangan UMNO tetapi dalam konteks Institut Kajian Asas Kemasyarakatan ianya bukan satu inisiatif politik malah ini adalah satu pengkhususan usaha untuk memartabatkan bangsa dengan menyedarkan keperluan menilai keperluan asas kemasyarakatan.

Bukan hasrat saya untuk membicarakan sokongan politik khususnya terhadap Dato Norza Zakaria malah jauh sekali untuk berangan-angan mendapat habuan seperti yang dituduh iaitu mendapat RM 200,000.00 kerana menyokong membabi buta tetapi pengiraan yang lebih menarik bagi saya adalah penerbitan perbicaraan mengenai isu-isu yang fokus kepada menjadikan Melayu itu bangsa yang berwibawa sungguhpun kemungkinan kelak kritikan saya tidak mengenal sasaran.

Saya amat terbuka untuk perbincangan dan saya percaya begitu juga Dato Norza Zakaria sekiranya andai terlihat dia minum kopi atau teh tarik di bawah pokok di Restoran Bukit Antara Bangsa.  Sekiranya anda perlu tahu lebih lanjut atau lebih dekat mengenai pegangan dan fokus saya yang dituduh menjual maruah, hubungi saya, email saya anuarmohdnor@yahoo.com atau sms pada talian tertera di atas dan kita boleh bertemu untuk secawan kopi. Kepada sahabat saya Roslan SMS dan juga Mohd Sayuti Omar terima kasih. Kepada Sang Kelembai yang turut memberi nasihat mengenai fitnah laman www.antikhairy.blogspot.com saya turut ucapkan terima kasih. Akhirnya tulisan saya wujud dalam blog www.arahkita.blogspot.com dan laman ini www.umno-reform.com terpapar di depan saudara semua. Nilai sahaja !

 

Norazimah Mohd Nor “sedia untuk di tangkap kerana turut serta dalam perhimpunan BERSIH”

Membicarakan mengenai amaran polis terhadap mereka yang mahu menyertai Perhimpunan yang dijangka besar pada 10hb Oktober 2007, salah seorang pro reformasi yang begitu aktif dan pernah ditahan sebanyak 9 kali berkata, beliau sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dalam menyertai Perhimpunan Bersih. Ini adalah perhimpunan yang mahukan demokrasi kita, khususnya ketelusan proses pilihan raya di laksana dengan adil dan bersih. Pilihan raya yang adil dan bersih akan menyuburkan demokrasi Malaysia dan akan memastikan mereka yang dilantik akan menjadi wakil kita yang sanggup berkhidmat untuk rakyat dan teruji bila berdepan dengan rakyat. Kita tidak mahu wakil kita menang kerana kekuatan partinya dalam memanipulasikan keputusan dan propaganda yang berat sebelah. Kita tidak mahu wakil rakyat kita menang dengan mudah bukan kerana janji dan usaha yang telah dilaksanakan tetapi kerana kekuatan Barisan Nasional dan SPR bekerja sama untuk memenangkan individu tersebut.

Norazimah atau Nora tetap menyeru agar semua yang cintakan demokrasi dan negara ini untuk turut serta demi kepentingan rakyat kita. Menegakkan keadilan dan demokrasi kita adalah tanggungjawab kita dan reformasi yang dilancarkan dahulu adalah untuk rakyat menjadi keutamaan dan wakil-wakil yang dilantik adalah untuk berkhidmat demi kesejahteraan rakyat dan masyarakat kawasan mereka.  

Nora, tegas dalam perjuangan reformasi dan bagi beliau perjuangan ini adalah satu kontribusi kecil untuk melihat nasib rakyat bawahan terbela. Ramai yang pernah menyertai demonstrasi mengakui kehebatan dan keberanian wanita ini dalam membabitkan diri untuk tuntutan reformasi dalam negara kita ini.

Nora, menyeru rakan-rakan yang kenal dengan dirinya , yang sama-sama dengan berani terlibat dalam reformasi sebelum ini untuk kembali dalam menuntut Pilihan Raya yang bersih. Ini adalah satu lagi kontribusi untuk perubahan Malaysia ke arah memartabatkan rakyat negara ini. Ini bukan isu politik semata-mata tetapi adalah untuk kepentingan kita rakyat biasa di negara Malaysia. Bila ditanya mengenai amaran polis, Nora dalam kenyataan berkata, polis boleh hadir untuk menjaga perhimpunan ini tetapi bukan untuk mengugut atas kepentingan organisasi politik tertentu.   Ini saranan dibuat oleh NORA sewaktu bertemu secara tidak dirancang dengan kami.
 

 

Pemuda UMNO takut dengan Perhimpunan 100 000 Rakyat?

Kini berbalas hujah antara mereka yang akan melaksanakan perhimpunan Bersih dengan hujah dari Pemuda UMNO. Dikatakan bahawa perhimpunan ini akan dilaksanakan serentak di bandar lain seluruh dunia. Apa mungkinkan ini Perhimpunan terbesar seperti yang pernah diadakan di KESAS sewaktu reformasi dahulu. Maka kita lihat hujah mereka. Dari laman amin iskandar dan laman Pemuda Umno. Adakah betul sebenarnya kerajaan memilih bulu dalam mahu mengeluarkan permit perhimpunan. Apa kata kalau UMNO sendiri turut untuk menyokong agar pilihan raya dilaksanakan bersih.

Salah ke? Kita semua mahu pilihan raya yang bersih dan sebenarnya mahu pilihan raya itu dijadikan suara dan gambaran sebenarnya kemahuan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia juga perlu mengundi dengan tepat. Mereka yang jelas memperjuangkan hal - hal kemasyarakatan, memperjuangkan isu-isu rakyat, memberi rakyat miskin peluang untuk hidup dan menganjurkan program-program bagi membantu rakyat bernafas dalam keadaan ekonomi yang terlampau baik untuk Malaysia sehingga semua perlu dinaikkan, elektrik, tol, air, beras, tepung, roti canai, roti Benggali dan segala macam kenaikan kecuali gaji dan upah. Kita perlu undi mereka yang benar-benar memperjuangkan isu rakyat, hadir bersama-sama rakyat dan sama-sama dalam menangani masalah kemasyarakatan. Rakyat perlu menyelidiki sebelum mengundi. Rakyat perlu mempersoalkan sama ada wakil mereka benar-benar mewakili mereka. Andai tidak, andai wakil mereka hanya mewakili kontraktor besar, hanya mewakili kehendak yang tidak sejajar dengar keperluan rakyat-tolak maka tolak mereka ini.  

 

Satu kenyataan yang agak mengejutkan dari Khairy Jamaluddin :

Memang katanya sebagai anak menantu kepada Perdana Menteri beliau mendapat "perlindungan". Memang ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa beliau  ada “kelebihan”. Beliau juga berkata dengan kedudukan itu, tidak ramai yang akan mencabarnya. Lebih lagi beliau mahu gunakan “perlindungan itu untuk memperbaiki UMNO”. Besar kenyataan beliau cuma yang mahu ditanya memperbaiki dan mengubah UMNO mengikut selera siapa?  Mengikut cara dia atau cara ahli UMNO secara menyeluruh?

Khairy: I want to use ‘protection’ to change things                 STAR 2/11/2007 

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin says that being the Prime Minister’s son-in-law has provided him “protection” which he wants to use to change things for the better.  The Umno Youth deputy chief said he was able to “push the envelope now” partly because of that relationship with the prime minister.  “There’s a certain extent (to which) these people in Umno will not go after me. So it gives me ‘protection’ to change things.

“If I don’t use this ‘protection’ to change things for the better, then I’m just wasting time and marking my time to go up the ladder of politics. That’s not what I am about.  “I want to use this time that I have while I have this ‘protection’ to change things, to change Umno for the better,” he said yesterday during a question-and-answer session at the Kancil Awards Festival Speakers series.  Khairy, who is married to Nori, the daughter of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, said it was true that this relationship meant he knew which buttons to push and which leaders to pull in to make a particular programme a success.

He was asked if his MyTeam football project would have received sponsorship and the wide TV3 coverage that it did had he not been the prime minister’s son-in-law.  Khairy said that even though he leveraged on the family ties, “it would have been embarrassing all-round if it didn’t work – I’d be finished.”  Thankfully though, he said, the idea was right and its execution worked well, so much so that viewership for the MyTeam programme even topped that of Siti Nurhaliza’s wedding.  He said people opened doors in many different ways and sometimes for him people opened the door because his father-in-law is the Prime Minister.

“People will tell you connections matter but at the end of the day, it’s the results (that matter).” He said his goal in life was to contribute in whatever way he could to make Malaysia reach its potential and this was not necessarily through politics.  “I always tell my friends and family that if everything comes crashing down in politics, it’s not the end of the world.  “If after one day, my father-in-law retires and all of Umno decide to go after me, that’s reality ... politics is my profession and passion but I can live outside it,” he added.

He said that having a baby had put things in perspective.  “I hope to be in politics as long as possible to change as much as possible and see how things can be improved. But there’s always something else to life than going up the ‘greasy’ pole of politics,” he added.  Khairy also said that he felt strongly about wanting to start a genuine national conversation among people of different backgrounds, ethnicity and religions on Malaysians as a people.

“There must be a middle ground somewhere,” he added.  He also wanted to push for Malaysians to become automatic voters upon reaching 21, without having to register.

 Jom kita layar petikan dari STAR ini dan mungkin kita debatkan bersama-sama klik sini

 

 

Khir Toyo, mengganas sekali lagi. Menteri Besar ini akan menjadi onar dalam UMNO. Kampung Rimba Jaya, Hulu Kelang , Berembang dan banyak lagi. Bulan Syawal adalah bulan untuk dia meruntuhkan. www.umno-reform.com dalam blog nya klik sini telah menjadikan Khir Toyo residen antara mereka yang buruk. Beliau harus dipindahkan. Beliau tidak mempedulikan langsung kemanusiaan. Jangan sampai kita ada yang melabelkan beliau “binatang kemajuan”. Mungkin, Mungkin sesuai BINATANG KEMAJUAN INI tidak mempedulikan soal kemanusiaan. Kita perlu mendesak UMNO untuk menghalau orang seperti ini dari menjawat jawatan MB Selangor. Pastikan kita yang prihatin membawa mesej ini – KHIR BINATANG KEMAJUAN  


http://videos.thestar.com.my/default.aspx?vid=584

Kampung Rimba Jaya, sewaktu anak-anak sedang mahu menduduki peperiksaan, sewaktu Syawal masih belum reda dan Deepavali menjelang tiba, SHAH ALAM , Selangor yang di terajui oleh Menteri Besar Khir Toyo - yang nyata bagi www.umno-reform.com  musuh kemasyarakatan merobohkan kampung ini. Tidak boleh ditangguhkan lagi dan tidak boleh berkompromi, yang penting kononnya pembangunan. Pembangunan yang hanya bermakna bagi segelintir mereka. Mokhtar Ahmad Dahalan mencarut kononnya Am Bank boleh meluluskan pinjaman untuk mereka yang tidak berkemampuan, black list dan sebagainya. Satu penipuan

 


Gambaran baik politik Melayu?

Bukankah ini sesuatu yang baik untuk dilihat dalam politik Malaysia. Perbezaan fahaman politik tidak melunturkan nilai persaudaraan malah menyegarkan nilai – nilai kemanusiaan. Kita perlu dalam mencorakkan politik negara ini tidak membunuh nilai-nilai kemanusiaan.

Kita sepatutnya tidak mengetepikan kepentingan semua rakyat Malaysia sungguhpun terbit perbezaan politik. Kita tidak seharusnya menutup sekolah kerana perbezaan politik atau kecewa kerana kekalahan.

Tidak  seharusnya menyekat perkembangan dan pembangunan hanya kerana rakyatnya memilih fahaman politik berbeza. Kematangan politik seharusnya terbit dan politik emosional, membezakan kemanusiaan kerana fahaman tidak seharusnya ada.  Bermula dengan ini, mungkin kita akan lebih selesa dalam mencorakkan perkembangan orang Melayu, politik Melayu, sosioekonomi orang Melayu.

Mungkin yang kita cari adalah kepimpinan bukan tuan dalam mentadbir Malaysia. Kita mencari pemimpin yang boleh menjadi juara mempertahankan  orang Melayu. Kita mahu mereka memikirkan yang terbaik buat Malaysia dan bukan menjadi elitis pemilik, mempunyai kuasa politik dan mengaut hasil ekonomi buat diri. Kita mahu orang Melayu tidak melukut di tepian gantang. Kita mahu kita adalah kita yang berjaya, menghormati kaum lain dan membentuk Malaysia yang adil lagi saksama.   Fikirkan, apa kata anda mengenai gambaran ini?  

 

Dari www.agendadaily.com

Norza antara lain mengakui ada kalangan yang ' buat hal ' kecewa kerana berharap sangat jawatannya dalam kerajaan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Kedua boleh bantu kayakan mereka

Gambar ini di ambil dari Agendadaily yang melapurkan mengenai Mesyuarat Khas Pemuda UMNO Wangsa Maju. Dalam laporan ringkas www.agendadaily.com : Gambar ini dirakam selepas Datuk Paduka Norza Zakaria (tengah) mempengerusikan mesyuarat khas ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju di sebuah hotel di Kuala Lumpur Isnin malam.Ia laungan bersatu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju itu bersama 23 orang Ketua Pemuda UMNO cawangan dalam bahagian itu.Ada sebilangan lagi dari kesemuanya 41 Ketua Pemuda cawangan yang tidak dapat hadir. Mesyuarat itu yang petanda sokongan majoriti mereka padanya menjawab berbagai tandatanya berikutan tersebarnya cerita khususnya dalam internet kebelakangan ini mengatakan berlakunya krisis kepimpinan dalam Pemuda UMNO bahagian itu dan adanya memorandum menghentamnya.Ia menjadi cerita besar dan bualan orang politik berikutan kedudukan Norza sebagai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.Semasa menjawab soalan dalam sidang akhbar di situ,Norza antara lain mengakui ada kalangan yang ' buat hal ' kecewa kerana berharap sangat jawatannya dalam kerajaan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Kedua boleh bantu kayakan mereka - agendadaily

Kenapa isu ini dipetik oleh www.umno-reform.com kerana editornya dikatakan menerima RM 200,000 maka terpaksalah gambar ini dikeluarkan. Bukan begitu, sebenarnya penafian telah dibuat dan kenyataan akan menyusul mengenai isu RM 200,000 ribu tersebut. Namun apa yang mahu dibicarakan adalah: ada komen di laman www.antikhairy.blogspot.com yang meminta pengurus laman tersebut sungguhpun tidak bermuka tetapi jangan tidak berwiba dan memberi ruang untuk posting penerangan "defence" di buat di muka utama mereka. Ini kami sokong supaya kita dapat dengar kedua belah pihak. Anuar Mohd Nor akan mengeluarkan kenyataan tapi mampukah laman antikhairy menyiarkan di muka depan. Kita tunggu.

 
DOKUMENTARI OLEH FAHMI REZZA

October 20th, 1947 was a historical day in the rakyat's constitutional struggle for independence from British colonialism. This short documentary film chronicles the events that culminated in the Malaya-wide 'Hartal' day of protest against the undemocratic Federation of Malaya Constitutional Proposals devised by the British Colonial Government and the UMNO, and the rise of the people's democratic movement in Malaya, ten years before independence.


Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo. klik pad Imej untuk mula menonton

 

Pemimpin Melayu, pemimpin berbagai kaum
Rahim Zain

Pemimpin-pemimpin Melayu jarang sekali muncul menyentuh hati dan minda rakyat dari kaum Cina dan India dan lain-lain kaum secara yang boleh memupuk rasa muhibah di kalangan rakyat. Begitu juga pemimpin-pemimpin Cina dan India tidak tampil menyentuh hati dan minda kaum Melayu dan lain-lain kaum untuk menjalin rasa berbaik baik di antara rakyat. Demikianlah Malaysia yang mahu kepada integrasi nasional telah mengabaikan amalan yang sangat penting selama 50 tahun.

Sampai hari ini masih ramai orang dari pelbagai kaum yang tidak sensitif terhadap perhubungan kaum dan terhadap keperluan perhubungan manusia secara baik yang boleh menolong menjamin harmoni dalam masyarakat. Yang nampak di permukaan adalah tolerence. Tetapi dalam masing-masing masyarakat ada individu-individu yang masih liar dengan perangai dan tingkah laku perkauman yang bila-bila masa saja boleh meletus dan mencetus perbalahan perkauman. klik sini
 

                         
                     
                    Apa sebenarnya Bersih ,kenapa diadakan ? klik sini
 
 

Maruah orang Melayu di tangan orang Melayu

Apakah sebabnya pemimpin-pemimpin vetran perlu memilih cara yang mengundang risiko tidak dihirau oleh kerajaan untuk membawa mesej yang dianggap penting untuk masa depan bangsa Melayu dengan cara berseminar dan berkongres dan berarak seolah–olah pemimpin Melayu dalam kerajaan tidak bersama orang Melayu? Melayu manakah yang menyokong dan meletak mereka dalam jawatan dan kedudukan memimpin negara? Dan bagaimana pula dengan  pemimpin-pemimpin yang tidak hirau kepada jeritan batin orang  Melayu yang berseminar, berkongres, dan berarak. Adakah hati mereka mati atau mereka lansung tidak melihat kegelosoran kedudukan orang Melayu sebagai sesuatu yang perlu mendapat perhatian segera supaya pemulihan dan tindakan pembetulan yang berkesan dapat dijalinkan secara terhormat dalam proses pengurusan Negara.klik sini
 

 


www.arahkita.blogspot.com

Topik diskusi panas sepanjang Februari ini dalam arahkita


Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 22/11/2006
klik sini

 

www.sangkelembai2006.blogspot.com

19/10/2007 Sang Kelembai: Walau pun ada ketentuan agar mentaati penguasa/pemerintah tetapi Khalifah Abu Bakar sebaik diangkat menjadi Khalifah telah berpidato, “Taatlah aku selama aku mentaati Allah dan Rasul nya. Jika aku menyalahi Allah dan Rasul nya maka janganlah kalian taat pada aku”. Soalnya tidak salah ke menggunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri pergi berfoya-foya dalam saat rakyat banjir dan bergelut untuk hidup dengan keperluan kehidupan semuanya naik? klik sini

 

Bila Lee Kuan Yew bersuara, kita apa kata?

Tindakan Lee Kuan Yew bersuara, sebenarnya mencemuh kepimpinan Malaysia. Sekali lagi tindakan beliau mengandaikan seolah – olah terdapat diskriminasi yang benar-benar serius terhadap bangsa – bangsa lain di Malaysia. Punca kegagalan Malaysia adalah keengganan Malaysia mengiktiraf kaum lain setaraf dengan kaum bumiputera di Malaysia. Ini kesalahan dan ini penyebab kenapa ekonomi Malaysia dengan segala anugerah yang ada gagal menyaingi ekonomi Singapura.

Apa benar kita sebenarnya menindas kaum – kaum lain di negara ini? Adakah penindasan ini di buat oleh UMNO atau Barisan Nasional yang merangkumi berbagai-bagai bangsa sebagai kepimpinan Malaysia. Adakah kongsi kuasa yang kita adakan sebenarnya gagal dalam menjayakan ekonomi Malaysia untuk melintasi ekonomi Singapura?

Sebenarnya agak pelik bila kita di serang dengan isu – isu rasis oleh negara luar seperti Singapura,  kita bertindak untuk mengambil keputusan untuk diam. Pemuda UMNO khususnya yang mengatakan bahawa tidak ada kompromi bila ada persoalan mengenai isu bangsa khususnya Melayu mengambil keputusan bila Singapura bertindak untuk memanaskan perhubungan etnik di Malaysia. Mungkin Singapura menjangka dengan kekucar-kaciran Malaysia dari segi kestabilan sosiopolitik maka ini akan memberi keuntungan kepada mereka?  

Sebenarnya kenyataan Lee Kuan Yew itu adalah serangan bentuk baru. Ini adalah serangan Singapura ke atas Malaysia dan kita di Malaysia masih melihat Singapura sebagai jiran yang akrab. Mungkin ada benarnya pegangan Tun Dr Mahathir mengenai Singapura.

Kaum Cina dan India Malaysia bersetuju?

Mungkin kaum Cina dan kaum lain di Malaysia bersetuju bahawa mereka ditindas oleh kepimpinan negara ini? Mungkin MCA dan komponen kaum lain dalam Barisan Nasional juga bersetuju dengan kenyataan Lee Kuan Yew? Mungkin keseluruhan kaum-kaum lain turut bersetuju dengan apa yang disebut sebagai penindasan terhadap kaum lain di Malaysia oleh Lee Kuan Yew.

Kalau benar maka MCA, Gerakan dan MIC sebagai parti yang majoriti Cina dan India harus memberi pendapat dan kenyataan yang jelas dan jujur mengenai kenyataan Lee Kuan Yew. Adakah sebenarnya mereka tertekan dengan kenyataan tersebut ataupun mereka menekankan mengenai kebenaran kenyataan Lee Kuan Yew.

Adakah Malaysia negara yang menindas kaum-kaum lain yang rata-rata lebih maju dari Melayu dan Bumiputera? Adakah Malaysia menindas kaum-kaum lain dengan kaum - kaum ini juga memimpin dan mentadbir negara ini. Adakah kita dalam konteks kongsi kuasa tidak menunjukkan bahawa kaum lain di Malaysia mempunyai taraf dan kedudukan yang baik malah lebih baik dengan pegangan ekonomi di tangan mereka.

Mungkin sebenarnya kita tidak faham mengenai serangan Lee Kuan Yew terhadap kita tetapi setakat hari ini, bukan sahaja Melayu dalam kepimpinan negara ini senyap malah kaum-kaum lain turut senyap seolah-olah bersetuju dengan Lee Kuan Yew dalam isu ini.

Apa pun kita harus meneliti ketidakpuasan hati kaum lain sekiranya tidak melibatkan isu-isu seperti fundamental  Agama. Kita harus mengambil serius dengan kenyataan – kenyataan yang dibuat oleh Singapura kerana sebenarnya kenyataan ini adalah kenyataan yang diharap dapat mengundang bencana buat negara kita. Kita harus sedarkan seluruh rakyat kita mengenai erti dan makna Keadilan Sosial dan kenapa kita perlu menjalankan dasar - dasar yang memberi sedikit keutamaan kepada bumiputera dengan tidak menindas kaum lain. klik sini untuk memberi pendapat.

 

     

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07 | minggu4march07 | minggu3april07 | end april 07 | minggu2may07 | end of May| minggu1jun07 | minggu04jun07 | minggu1july07| minggu2july07 | minggu3july07 | minggu4july07 | minggu1ogos07 | minggu2ogos07 | minggu1sept07 | minggu2sept07 | minggu1okt07

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com