ThinkExist.com Quotes

 

 
 


Pesanan pelayar
lazmin ahmad <l663p@yahoo.com.my>

SELAMAT HARI WANITA

Sempena hari wanita sedunia saya ingin mengajak ahli-ahli SIS serta Marina Mahathir dan peminat umno-reform supaya bersyukur kerana kita ditakdirkan oleh ALLAH SWT untuk dilahirkan sebagai manusia dan beragam islam iaitu agama yang diredai oleh ALLAH SWT.Kejadian lelaki dan wanita hanyalah untuk menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.Ini telah disebutkan di dalam kitab suci Al-Quran.Untuk menjalani kehidupan di atas dunia ini kita diberi panduan serta hukum hakam supaya kita hidup dengan teratur dan baik.Panduan serta peraturan ini boleh didapati di dalam Al-Quran dan telah diterangkan dengan jelas oleh ALLAH SWT.Jadi tidak timbul soal layanan kelas kedua bila hukum syariat berkaitan wanita dilaksanakan.ALLAH tidak akan zalim kepada mahkluk ciptaanNYA tetapi makhluk ciptaanNYA seperti puak-puak SIS dan Marina Mahathir yang zalim atas diri mereka sendiri

 

Wan Indra Putra cabar Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar.

Memang sudah menjadi lumrah org Melayu ini baik dalam kerajaan atau pembangkang melihat sesuatu isu itu dalam keadaan yang dia lebih baik atau betul dari org lain. Tidak di nafikan sdr memang hebat sebagai pewaris pejuang bangsa masa hadapan, tetapi saya nak tanya sdr sikitlah, apa sumbangan sdr kepada cetusan minda yang lebih advanced bagi menangani kejayaan bangsa Melayu. klik sini
 

 

Email diterima

   SMS diterima
 


Orang pertama yang sepatutnya meningkatkan kualiti ialah Datuk Ali Rustam sendiri. Bukan sahaja bagi saya dia tak de kualiti tapi belia hanyut di bawah dia. Kalu belia banyak terlibat dengan dadah beliau juga sepatutnya menanggung dosanya.


 


Maka yang tinggal hanya alasan
siri mendefinisikan Pak Lah
Anuar Mohd Nor
editor1@umno-reform.com
012-6544762

Terbaca saya satu kenyataan dalam sebuah buku lama " The Musa Dilemma (1986) tulisan K. Das yang berbunyi " when reasons are only excuses, the truth must perish". Kenyataan ini memerangkap minda saya kerana ini seolah - olah memberi saya satu impak yang mengambarkan situasi politik negara ini, khususnya yang melibatkan kepimpinan yang wujud sekarang ini.

Apakah sungguh, fenomena kebenaran PASTI lenyap ini sedang berlaku di negara kita. Apakah benar, kita akan menghadapai krisis yang terbesar - lebih besar dari segala krisis yang ada - berlanjutan dan merugikan bangsa Melayu dalam konteks perebutan kuasa.

Ini baru berbicara dalam konteks Melayu yang terlalu rapat tersimpul dengan kuasa yang ada. Kita belum lagi menceritakan tentang impak terhadap seluruh rakyat Malaysia. Apa hala tuju negara - apa nasib bangsa dan rakyat keseluruhannya. klik sini

 

 

Email diterima

 
  • UMNO perlu berterus terang dan media tidak akan merdeka klik sini
     
  • TV3 hanya mahu jatuhkan Khir Toyo dan tidak akan ada siasat ke atas Hishammuddin klik sini

SMS yang diterima


Azmi Khalid lawat Bukit Tagar tengok kawasan pelupusan sampah naik helikopter bersama Vincent Tan , Pengerusi Berjaya Group. kenapa dan apa tujuannya. Pelik bukan

Datuk Seri Ong Ka Ting buat kerja bodoh. Naik LRT kononnya. Saja nak tunjuk - ini bukan soal terpaksa naik LRT kerana tak cukup duit. Kena kena naik LRT kerana tak mampu lagi beli minyak dan kerana barangan lain meningkat.

 

TV3 mengeksplotasikan rintihan rakyat untuk kepentingan politik
Anuar Mohd Nor
editor1 : www.umno-reform.com
             www.arahkita.com

Pembelaan corak ini bukan sahaja memualkan tetapi tindakan mengeksplotasikan rintihan rakyat untuk kepentingan politik amat menjijikkan. Kesusahan rakyat menjadi alat untuk kepentingan politik orang - orang tertentu tidak boleh diterima. Media yang berselindung dengan hajat dan hasrat politik orang  - orang tertentu tidak boleh diharapkan untuk menjadi suara rakyat malah mereka hanyalah senjata untuk kepentingan korporat dan kuasa mereka yang tidak ada niat lain selain dari menindas dan beragenda peribadi. klik sini

Paling lucu adalah permit penerbitan mereka : DIPOHON SEJAK MEI, TAPI KDN LENGAHKAN dan isu baru - baru ini mereka menggunakan : AKHBAR YANG PALING DITAKUTI KERAJAAN BN. Namun kadang - kala kita dalam UMNO terfikir juga - apa yang perlu di takuti. Kenapa tidak diberikan permit tersebut dan meletakan mereka tertakluk di bawah Akat Cetakan dari mereka terus menerbit sungguhpun tanpa permit. www.umno-reform.com percaya sekiranya kita memberi permit kepada mereka maka mereka akan tertakluk dengan segala bentuk akta yang ada. Pasti mereka tidak akan menyiarkan sebarang fitnah. Keselaluannya benda - benda tersembunyi inilah yang menarik perhatian orang untuk mengetahui - begitu juga Suara Keadilan. Bagi kami  - berikan segera mereka permit cetakan dan pantau. 

 

Reezal Merican - apa kata anda

Rumah tangga beliau bergoyang. Isteri baru beliau memohon talak. Nama beliau dikaitkan dengan beberapa kegagalan khususnya dalam membantu rakyat. Reezal Merican Naina Merican adalah Setiausaha Politik kepada Pak Lah di Kementerian Kewangan juga dikatakan cuba merampas GPMS kerana mahu kekuatan dalam politik.

Beberapa isu telah sampai kepada www.umno-reform.com khususnya mengenai kegagalan Reezal dan perubahan beliau semenjak menjawat jawatan tersebut. Apakah benar - kehadiran Reezal Merican adalah hanya untuk melayan kontraktor dan kini terlalu sebok meneliti projek.

Satu insiden yang jelas menunjukkan betapa anak muda yang diharap tampil membantu rakyat ialah insiden seorang tetamu yang ingin memohon bantuan kewangan buat pembedahan kaki beliau.

Oleh kerana Reezal sebok melayani mereka yang hadir dengan cadangan projek - projek, tetamu tersebut terpaksa menunggu hampir 4 jam dan akhirnya mengherdik kakitangan Kementerian. Beliau hadir hanya mahukan surat sokongan untuk bantuan pembedahan.

Apa pendapat anda dan sekiranya anda pernah berurusan dengan Reezal Merican sila hubungi kami atau email editor1@umno-reform.com atau guna Borang maklum balas1
 

 

Email di terima

 

Benarkah Hishammuddin songlap 800,000 duit Aman Malaysia



klik sini

 

Rahsia Shahidan terbongkar

www.umno-reform.com perlu menegaskan bahawa artikel ini di terima melalui email. Sekiranya Datuk Shahidan atau wakil beliau ingin menafikannya sila hubungi 012-6544762 editor umno-reform.com Bagi pengirim email ini kami ingin sekiranya sudi untuk menghubungi kami. Segalanya komunikasi antara pihak umno-reform.com dengan penulis artikel ini adalah rahsia  klik sini

 

Kerajaan UMNO atau Kerajaan Malaysia ?
Pak Ali

Begitulah mudahnya menjadi menteri di Malaysia ni. Nampaknya macam tak perlu bersusah payah memeningkan kepala merancang satu plan yang menyeluruh siap dengan jawapan yang bernas untuk di persembahkan kepada rakyat. klik sini
 

 

Apa yang mampu diterangkan oleh Ketua Penerangan UMNO

 

Email diterima - hantarkan email pandangan anda


Semua yang hadir di PWTC bagi sesi penerangan isu - isu semasa oleh Pak Lah menyaksikan kenyataan berbentuk seperti berikut di keluarkan - adalah kerana semua yang hadir adalah penyokong kuat UMNO dan Kerajaan, maka semua harus menyokong tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kita dalam UMNO masih terbelenggu dengan pemikiran kelas bawahan bila pengamalan demokrasi dalam UMNO sendiri terpelecok.
klik sini

  • Media Ketua Bahagian PKR Shah Alam klik sini
     
  • Balasan email - yang menyokong kenaikan minyak klik sini
     
  • Balasan kepada pengirim SMS yang bodek Pak Lah klik sini
     
  • Bila kerajaan hampir bangkrap klik sini
     
  • Ubah gaya hidup pemimpin dahulu klik sini





Borang maklum balas1


Inilah slogan yang dimainkan oleh mereka sewaktu membuat demonstrasi membantah peningkatan harga minyak. Mereka hadir di depan KLCC bukan sahaja dengan kain rentang malah risalah mengenai isu kenaikan minyak. Mereka membantah secara terang - terang dan ramai rakyat sekitaran dimaklumkan. Untuk membalas demonstrasi mereka UMNO berkumpul dalam dewan bersama beberapa kepimpinan mereka di semua peringkat dan berharap mereka akan turut padang membuat penjelasan. Malah yang paling unik, ialah kata - kata Pak Lah, "jangan ada yang mengambil sikap jalan tengah, UMNO adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional dan dengan itu harus menyokong kenaikkan minyak"  Setakat ini www.umno-reform.com belum melihat lagi satu risalah tersusun bagi menerangkan DAN diterima kenapa kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak.
 

Rakyat Malaysia terus dibohongi
nama pengirim telah ter "delete " tanpa nait. Terima Kasih pengirim

 

Kenaikan Minyak adalah RM 7.98 sen segellan berbanding dengan US $ 2.20 - US$2.35 sen segelan

Harga minyak yang naik kini ialah 30 sen se liter, bermakna kenaikan RM1.20 segelen secara mendadak. Harga minyak kini ialah RM1.92 x 4 = RM7.98 sen segellen. Bandingkan dengan Amerika yang sekitar US$2.20 – US$2.35 sahaja segelen.

Rakyat Malaysia mesti ubah pemikiran daripada mentaliti “convert” ke dalam RM seperti mentaliti PM dan TPM kita kerana rakyat Amerika digaji dalam dollar US mereka dan mereka beli bukan dengan RM, tetapi US$.

Seorang guru atau kerani boleh mendapat gaji US$3000.00 sebulan dan bermacam boleh ia berbelanja.

Telur cuma US$1.20 sahaja untuk 18 biji, daging hanya US$2.00 sepaun, kereta jenama Amerika yang sederhana cuma US$12,000.00 manakala yang diimport dengan harga di antara US$30,000.00 hingga US$50,000.00.

Semasa saya bekerja di USA selama beberapa tahun saya boleh mampu beli Mercedes, tetapi bila balik ke Malaysia hendak beli satupun pitam rasanya. klik sini
 

 

Email di terima

Beberapa SMS di terima bagi menyokong Pak Lah klik sini

 

Surat terbuka kepada Dr Mahathir 11

Berbeza dengan zaman YABhg Tun yang penuh dengan idea hebat seperti MSC, Proton dan lain-lain lagi yang meletakkan nama Malaysia setaraf dengan negara maju yang lain. Pemikiran YABhg Tun memang sangat jitu. Jauh panggang dari api sekiranya kita mahu bandingkan YABhg Tun dengan Abdullah ibarat Kancil (Abdullah) dan Ferrari (YABhg Tun). klik sini
 

 

Balasungkawa Kepada seluruh rakyat Malaysia 2

Kenaikan ini berlaku ketika Petronas, syarikat pengeluar minyak milik rakyat Malaysia, mencatatkan keuntungan lebih RM50 bilion tahun 2005. Ke mana pergi aliran agihan RM50 bilion ini? Adakah RM50 bilion itu turut menjadi sebahagian daripada jumlah sebanyak RM800 bilion sepanjang pemerintahan Mahathir yang dijadikan kos untuk menampung mana-mana projek mega yang tak berfaedah dan bail-out syarikat kroni atau syarikat milik negara yang rugi?

Kenapa sampai sekrang aktiviti Petronas hanya menjadi rahsia PM seorang sahaja? Kenapa ianya tidak pernah dibentangkan di Parlimen?

Kerajaan Malaysia juga telah berani menaikkan harga minyak kerana sedar bahawa protes rakyat tak akan sampai ke mana dan mungkin berlanjutan dalam tempoh seminggu sahaja, itupun paling lama. Kerajaan sedar dan berbangga memiliki majoriti rakyat yang bersikap bacul, bodoh dan boleh dicucuk hidung seperti lembu.

Dengan itu, kerajaan kiranya bagi rakyat Malaysia amat bermurah hati kerana hanya menaikkan harga minyak sekadar 30 sen sahaja dan bukannya seringgit ataupun dua ringgit. klik sini

 

 

Angkatan Muda PKR desak Pak Lah letak jawatan


Shamsul Iskandar Angkatan Muda PKRSetelah diberi peluang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri selama hampir tiga tahun Angkatan Muda beranggapan bahawa PM Abdullah adalah terlalu lemah dan tidak mampu lagi mentadbir negara ini. Rakyat Malaysia inginkan kepimpinan yang cekap, bertenaga dan berwibawa. Rakyat perlukan perubahan kepimpinan. Selesaikan masalah kenaikan harga minyak segera atau letak jawatan ! klik sini

SMS di terima


Bila minyak naik, kepimpinan kononnya dengan tegas memberi amaran tegas supaya barangan lain tidak naik, gila ke? Kos pengangkutan meningkat tak kan lain tak meningkat. Janji tak akan naik harga elektrik di buat - tapi dalam masa beberapa minggu. Sure naik punya.



Layari www.prowaris.org Isu hebat mengenai MRR2 - Bagaimana Menteri mendahulukan kontraktor dari keselamatan awam

 

Privatisation VS Public - Public Partnership in Malaysia ( corporate Agenda , Retreat of the State and Shaping of a Water Crisis ) by Dr Charles Santiago - Monitoring Sustainability of Globalization (MSN)

Introduction
Background
Demand of Supply of water
Water Demand
Water Shortages
Inter - States Water Transfers
Privatisation, Logic of Privatisation
Retreat of the State
Access to water as Human Right
Water Barons and the privatisation Landscape
Public - Public Partnership
Public - Public partnership base on best practice : An Alternative Strategy in Water Management
Ownership
Management Strategy Accessibility and Affordability with economic Efficiency
Political Process and accountability
Learning from the best practice
Tariff Comparison

Kami akan menyiarkan topik demi topik mengikut kemampuan kami - sila nantikan dan klik sekiranya ada indikasi bahawa capaian sudah terbentuk
 

 

Topik diskusi kita

 

Ezam, akan berhenti berpolitik?
Klik Sini


Rombakan Kabinet , simpulnya - ikut kata Pak Lah Klik Sini


Apakah terbuka pintu murtad di Malaysia?

klik untuk memberi pendapat

Suruhanjaya Antara Agama, adalah sebagai ganti bagi pembatalan pindaan Artikel 121(1 A)

 klik untuk memberi pendapat

Mereka cabar keluhuran perlembagaan

 Perbincangan isu ini klik sini

 


 

  • Ketuanan Cina
  • Cara berbeza ARAH sama
  • Bak kata Melayu
  • Cabaran Pak Lah
  • Definisi Pak Lah 1
  • Definisi Pak Lah 2
  • Definisi Pak Lah 3
  • Masa
  • Elitis Pemilik
  • Lupa
  • Cerita2
  • Kemakmuran

 

Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini

  Blog Anuar Mohd Nor


  

 

 

 

 
 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas

  Blog Sang Kelembai - sila beri pendapat disana klik sini
Pautan Berita Malaysia  


Nampaknya kerajaan sedang behempas pulas dalam perang psikologi bagi mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu kenaikan harga minyak. Setiap hari melalui media perdana, sama ada RTM atau TV3 mereka berlumba - lumba menyiarkan berita-berita sensasi dan mengambil peluang mengalihkan kemarahan rakyat dari isu kenaikan harga minyak keapda pencemaran air di Lembah Klang.

Maka berperananlah Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar turun padang melawat lokasi penyebab pencemaran itu. Jika niat tak betul, pasti akan tak betul, begitulah yang terjadi kepada Menteri yang jaga alam sekitar ini, kemana sahaja ke kawasan punca masalah beliau pergi dengan helikopter towkay pelupus sampah.

Kalau ikut bab rasuah, itu boleh di panggil rasuah, kerana Menteri sudah dirasuahkan dengan menaiki helikopter towkay yang hendak di ambil tindakan. Samalah macam polis yang mengejar perompak, naik kereta perompak yang baru lepas merompak bank.

Akhirnya berkatalah Menteri itu, "tiada undang-undang" yang boleh diambil kerana limpahan bahan kimia itu bukan disengajakan dan kemudian menyalahkan tempat pelupusan sampah di tempat lain. Inilah cara Menteri Valentine bertindak. Dalam isu "BigFoot" dia hanya sekadar menafikan kewujudkan makluk itu, tidak pula bercadang untuk bermalam di hutan Panti yang dikesan wujudnya pergerakan makhluk itu.

Berbeza dengan isu tempat pelupusan sampah ini dan towkay yang sediakan helikopter. Dtk Abd Ghani Othman, Menteri Besar Johor itu tidak berupaya menyediakan kemudahan helikopter bagi membuktikan dakwaannya bahawa makhluk tersebut berada di Johor.

Isu kenaikan minyak tidak akan berakhir, khabarnya Kerajaan Kelantan sedang timbang menimbang bagi membubarkan dewan negeri untuk diadakan satu pilihanraya umum negeri, kerana isu-isu kenaikan harga barang ini boleh merangsang rakyat memberikan sokongan kepadanya.

Soalnya sekarang kenapakah jadi begini kepada satu kerajaan yang berslogan "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang"? Sehingga menjadikan slogan itu bahan ketawa dan lucuan. Bagi orang yang dekat dengan pintu kuasa, seperti pegawai kerajaan dan setengah orang politik yang berjawatan mereka tahu bahawa mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka tidak dapat lagi bertindak sebagai penasihat kepada Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri. Terdapat elemen lain yang berjaya dan dipercayai oleh Perdana Menteri.

Sudah tidak menjadi rahsia tertutup lagi bahawa ada setengah pegawai di Pejabat Perdana Menteri cuba menjadikan pentadbiran di Perdana Putra sebagai "White House". Di sini mengikut sumbernya, di tingkat empat Pejabat Perdana Menteri diletakan berpuluh-puluh pegawai muda yang sebilangan besar dicadangkan oleh Khairy Jamaluddin sebagai penasihat-penasihat kepada Perdana Menteri untuk menilai sesuatu membuat keputusan yang bakal dibuat oleh Pak Lah.

Bagi menghalalkan tindakan mereka ini, Jabatan ini dipanggil sebagai "Policy Centre". Disinilah segala surat atau memo yang dihantar di nilai dan didrafkan sebagai keputusan Perdana Menteri. Itu sebab, kata setengah orang, jika satu-satu surat yang dihantar kepada Perdana Menteri, jika masih tidak terbuka envelopnya atau dibaca oleh Perdana Menteri, alamat surat tersebut akan ada tangan hantu yang mengambilnya.

Kalau surat-surat itu kroni hantu, insyaallah akan ada susulan tetapi kalau surat sebaliknya, lebih baik lupakan sahaja. Itu sebab ada orang mengatakan kenapa Sang Kelembai tak tulis terus kepada Perdana Menteri, sebabnya Perdana Menteri tidak akan baca, macam Sang Kelembai tulis dengan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Kumpulan pegawai muda yang bertopengkan jawatan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri dan menghalal tindakan dengan menggunakan jabatan yang dipanggil "Policy Centre ini amat berkuasa. Mereka bertindak macam Mafia dan sebilangan besar mereka di bawah telunjuk Khairy Jamaludin.

Pegawai-pegawai ini telah memusatkan kuasa mereka dengan boleh memberi arahan kepada mana-mana Kementerian termasuk agensi berkuasa seperti EPU, syarikat kerajaan berkepentingan kecuali Keselamatan dan Pertahanan . Itu sebab jangan kita hairan bila meliaht kesemua CEO mempunyai hubungan dengan mereka-mereka di Policy Centre itu, kerana mereka berkuasa kepada semua termasuk Menteri-Menteri atau Menteri Besar. Maka dengan sendiri pegawai-pegawai ini diberi karpet merah jika bertemu dengan Menteri-Menteri dan ada maklumat mengatakan ada Menteri Besar terpaksa menunggu Khairy Jamaluddin di Lapangan Terbang.

Bagaimana pun jangan hairan, Kerajaan Indonesia pun terpaksa memberikan laluan protokol kepada Khairy untuk berjumpa dengan Presiden Indonesia. Soalnya sekarang, siapakah yang sebenarnya memerintah Malaysia? UMNO mengaku dia parti yang memerintah, Barisan Nasional kata di punya kerajaan di pusat dan negeri kecuali Kelantan.

Hari ini pula Majlis Tertinggi UMNO sudah jadi macam "Pesuruhjaya Sumpah" hanya tukang cop "rubber stamp" bagi menghalalkan tindakan Presiden mereka. Sebenarnya siapa yang berkuasa dalam era Had Hari ini? Siapa yang nak dapat tender kerajaan, siapa yang nak kena lantik jadi Senator, siapa yang nak jadi Pengerusi Badan Berkanun terpaksa akur kepada beberapa kumpulan kronis ini. Jika DS Abdullah Ahmad Badawi di cabar dalam pemilihan UMNO atas dasar nak menyelamatkan UMNO, kumpulan ini sudah sehat dengan hidup senang lenang, yang menyesal tak kesudahan ialah DS Abdullah Ahmad Badawi yang dah mula secara senyap tak bercakap lagi soal Islam Hadhari kerana sudah jadi Islam Had Lari.

Kumpulan Sahabat yang bertindak dahulu sebagai sebagai perisai atau benteng politik DS Abdullah Ahmad Badawi KINI sudah pun bertukar arah, ikut sama menyerang ketua mereka yang dipanggil Pak Lah itu. Khabarnya atas kehendak Pak Lah sendiri dengan ucapan beliau jika semua kumpulan sahabat tidak membantunya kerana Khairy Jamaluddin, biarlah dia hidup mati, sudah senang dengan menantunya itu. Maka banyaklah general dalam kumpulan sahabat ini sudah buat sembayang taubat kerana rasa bersalah memberikan sokongan kepadanya dan yang terkenal ialah Dtk Zahidi Zainul Abidin dari Perlis.

Sang Kelembai: Mempertahankan Pak Lah dalam status quo di tahun akan datang akan mengakibatkan UMNO bakal ditolak rakyat. Kalau Pak Lah undurkan diri secara terhormat, UMNO akan selamat, namun ruang untuk berubah tetap terbuka - intai - intai lah..Pak Lah
 

 

 
 
Sisipan Laman
 
 
 
Koleksi Arkib
 

 

 

 

 

Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

 

 

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

  Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1|

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.


www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com